Pengarah Sukan PSG, Leonardo menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada FA Argentina (AFA). Ini selepas AFA memanggil Lionel Messi untuk tugasan kelayakan Piala Dunia.
Menurut PSG tindakan itu sama sekali mengejutkan mereka, kerana Lionel Messi ketika ini masih belum pulih sepenuhnya.
Lantas PSG meminta campur tangan FIFA dalam dalam perkara ini. Hal ini kerana, apabila pemain itu dipanggil untuk tugasan rasmi aksi kompetitif seperti kelayakan Piala Dunia, kelab harus memberikan pelepasan kepada pemain itu.
PSG mempersoalkan di mana logiknya tindakan Argentina mengeluarkan senarai pemain dengan menyertakan sekali nama Messi yang cedera.
Messi sebelum ini disisihkan daripada tugasan kelab kerana tidak cergas. Tetapi Argentina memanggil pemain itu, kerana menurut mereka, Argentina ada perlawanan penting berdepan dengan Brazil dan Uruguay selepas ini.
Argentina mahu mengesahkan kelayakan mereka ke Piala Dunia 2022. Oleh itu mereka mahu kapten mereka memberikan inspirasi kepada pasukan.
Pemenang Ballon d’Or itu mengalami masalah kecederaan di lutut dan hamstring.
Bercakap kepada La Parisien, Leonardo berkata: “Kami tidak bersetuju untuk melepaskan Messi, yang kini berada dalam kondisi fizikal yang kurang baik, dan berada dalam proses pemulihan.”
“Ianya perkara yang tak logik, dan perkara seperti ini harus mendapat campur tangan daripada FIFA untuk memberikan kelulusan [agar PSG boleh menghalang Messi daripada menyertai kem Argentina].”
PSG are asking Fifa to intervene in Leo Messi’s Argentina call-up which the club’s director Leonardo has branded “illogical”.
Messi is currently rehabbing knee and hamstring pain and is unavailable to play for the PSG but Argentina have called him for international duty anyway. pic.twitter.com/9t9TnWVfRQ
— Joyonta Roy (@JoyontaRJ) November 8, 2021
Musim ini, Messi sudah terlepas 9 perlawanan kerana isu kurang cergas dan kecederaan.
Messi bermain hanya 45 minit dalam aksi terakhirnya sebelum ini berdepan dengan Lille pada 29 Oktober lalu. Messi masih tercari cari gol pertamanya untuk PSG dalam saingan liga, walaupun sudah menjaringkan beberapa gol dalam UCL.
Sebagai tambahan, Messi ada satu klausa khas dalam kontraknya. Di mana PSG tidak boleh menghalang pemain itu daripada tugasan antarabangsa untuk negaranya.
PSG want Fifa to take action after Lionel Messi’s Argentina call-up https://t.co/GK7wKjzaVW
— Indy Football (@IndyFootball) November 8, 2021
Cuma dalam situasi sekarang, PSG risau, kerana Messi masih cedera. PSG malah merasakan tindakan AFA ini sebagai agak biadap, kerana mereka memanggil pemain yang cedera.