PSG Bingung Permintaan Messi Nak Tayang Piala Dunia Di Parc Des Princes Untuk Kongsi Kegembiraan Dengan Penyokong

Lionel Messi dilaporkan mahu menayangkan dan mempamerkan trofi Piala Dunia pada perlawanan di tempat sendiri Paris Saint-Germain yang seterusnya, tetapi kelab itu keberatan untuk menunaikan hasratnya itu.

Messi ketika ini sedang dalam rundingan kontrak baharu dengan PSG. Di mana pemain itu dikatakan sedia untuk kekal sekurang kurangnya semusim lagi dengan PSG.

Messi mendapat banyak tawaran daripada kelab lain. Memandangkan dia boleh pergi secara percuma jika tidak menyambung kontrak dengan PSG.

Antaranya adalah prospek kepulangan semula ke Barcelona.

Dan satu lagi pilihan dikatakan, berkelana menyertai kelab Liga Bola Sepak Utama Amerika / MLS.

Kelab milik David Beckham, Inter Miami sangat berminat mendapatkan Messi dan menawarkan dia kontrak lumayan ditambah dengan peranan dalam kelab itu selepas dia bersara.

Namun Messi kelihatan mahu terus kekal di Eropah. Walaupun sebelum ini dia menyatakan bahawa dia berminat untuk beraksi di Amerika Syarikat. Memandangkan Messi dan isterinya suka dengan kehidupan di Amerika Syarikat.

Segalanya masih belum diputuskan lagi.

Di tengah rundingan kontraknya, Messi membuat permintaan untuk meraikan kejayaan Piala Dunianya bersama dengan penyokong PSG.

Ianya detik dianggap Messi amat penting untuk dia berkongsi kejayaan dengan peminat peminat PSG.

Messi meminta kelab untuk membenarkan dia memegang trofi di hadapan penyokong PSG, menurut laporan GOAL yang mengesahkan laporan itu.

Hierarki kelab agak terkejut dengan permintaan itu dan tidak pasti untuk membenarkannya menayangkannya.

Selain daripada Piala Dunia merupakan Piala milik pasukan Argentina, PSG juga memikirkan hakikat bahawa pasukan yang Argentina kalahkan di final adalah Perancis.

Argentina menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi terikat 3-3 untuk 120 minit.

Messi menjadi salah seorang penjaring gol dalam penentuan penalti. Dia turut menjaringkan 2 gol dalam aksi final tersebut.

Messi dan Argentina berjaya menafikan Kylian Mbappe dan Perancis daripada mempertahankan kejuaraan dunia mereka. Walaupun Mbappe meledak hatrik dalam perlawanan itu dan sekaligus memenangi Anugerah Kasut Emas Piala Dunia 2022.

Messi merangkul Anugerah Bola Emas Piala Dunia 2022. Anugerah untuk pemain terbaik keseluruhan temasya. Mengulangi pencapaiannya pada 2014 di Brazil.

Cuma kali ini lebih manis kerana kejayan Bola Emas itu diraikan bersama dengan trofi Piala Dunia 2022.

 

 

Baca yang lain