PSG Capai Kesepakatan Verbal Dengan Napoli Untuk Beli Khvicha Kvaratskhelia

PSG dilaporkan sudah mencapai kesepakatan verbal dengan Napoli untuk perpindahan Khvicha Kvaratskhelia.

Kedua dua kelab akan bertemu untuk rundingan seterusnya minggu hadapan.

PSG menawarkan bayaran sehingga EUR75 juta untuk pemain antarabnagsa Georgia itu.

Khvicha Kvaratskhelia sebelum ini memang pernah dikaitkan dengan PSG. Namun Napoli tidak sedia kehilangan dua pemain bintang mereka dalam 1 masa yang sama.

Ianya selepas Osimhen mendesak mahu keluar daripada kelab itu. Lagipun Antonio Conte dikatakan mahu pemain itu kekal di Napoli dan setuju untuk tidak campur tangan dalam urusan kelab menjual Osimhen.

Kini Conte sedia melepaskan pemain itu setelah ejen pemain itu beberapa kali menyatakan bahawa Khvicha Kvaratskhelia tak akan melanjutkan kontrak baharu di kelab tersebut.

Kontrak semasa pemain itu masih panjang, sehingga 2027. Namun PSG dikatakan telah datang dengan tawaran yang baik untuk Napoli.

Kvicha Kvaratskhelia sebelum ini membantu kelab itu menamatkan kemarau kejuaraan Serie A. Dia dianggap legenda oleh peminat dan digelar Kvaradona.

Dia menerima banyak tawaran daripada kelab lain. Namun destinasi pilihannya seperti mana yang dia pernah mahukan sebelum ini.

Walaupun Napoli sanggup membayar sehingga EUR75 juta. Namun Napoli sudah menetapkan harga EUR80 juta untuk pemain tersebut.

PSG yakin kedua duan kelab akan menemui kesepakatan untuk pemain tersebut.

Ketika ini Napoli berada di tangga teratas Serie A. Begitu juga dengan PSG yang menjadi pendahulu Ligue 1.