PSG dan Aston Villa sedang mengkaji tentang kemungkinan membuat perjanjian pertukaran pemain yang dianggap luar biasa.
PSG kini berminat untuk mendapatkan Jhon Duran dari Aston Villa. Dan mereka sedia menawarkan Aston Villa , Randal Kolo Muani secara pertukaran terus.
Dilaporkan Aston Villa berminat dengan idea tersebut. Namun Villa berharap mereka akan turut mendapat wang daripada perjanjian itu, player + cash.
Hal ini kerana Jhon Duran sudah melanjutkan kontrak baharu di kelab itu sehingga 2030.
Randal Kolo Muani agak bergelut dengan prestasinya sejak menyertai PSG. Kelab Paris itu tetap yakin bahawa pemain itu pemain berkualiti dan boleh bangkit dengan cemerlang di tempat lain.
Unai Emery juga terbuka untuk berbincang perkara tersebut dengan semua pihak.
Football Insider malah melaporkan bahawa kedua dua kelab mungkin akan memulakan rundingan mereka pada minggu hadapan.
Randal Kolo Muani merupakan pemain antarabangsa Perancis. Dia sebelum ini menjadi sensasi selepas gagal menyempurnakan peluang 1 lawan 1 berdepan Emi Martinez pada final Piala Dunia 2024 yang lalu.
Nama Jhon Duran pula menjadi bualan ramai selepas cemerlang dalam aksi musim ini. Membuatkan Aston Villa segera mengikat pemain itu dengan kontrak baharu.
Selain itu, PSG turut dikaitkan dengan perpindahan Mohamed Salah secara percuma. PSG sedia membayar gaji EUR500 ribu seminggu jika pemain antarabangsa Mesir itu datang ke Paris.