Mahkamah Perancis keluarkan arahan kepada PSG agar membayar tunggakan gaji Kylian Mbappe. Di mana tunggakan itu mencecah €55 juta.
Sebahagian besarnya adalah tunggakan gaji dan kemudian ditambah dengan beberapa bonus lain yang tidak dibayar lagi oleh PSG.
PSG sebelum ini membuat rayuan di atas keputusan mahkamah sebelum ini. Namun mereka dilaporkan gagal dalam rayuan tersebut.
PSG beberapa bulan lalu menyatakan bahawa mereka tidak berhutang apa apa dengan Kylian Mbappe.
Sambil menyatakan bahawa Mbappe dan Real Madrid memanipulasi keadaan untuk membolehkan pemain itu pergi secara percuma.
PSG malah pernah menegaskan bahawa Real Madrid yang harus membayar bonus kesetiaan Mbappe yang turut belum dibayar.
Dalam kontrak Mbappe berhak mendapat bonus kesetiaan itu apabila pemain itu kekal pada musim 2023/2024. Mbappe sudah kekal di kelab itu dan menolak untuk dijual ke kelab Arab Saudi.
Di mana ada tawaran yang sanggup membayar harga rekod dunia untuk Mbappe kepada PSG. Bermakna ada kelab Saudi sedia membayar lebih €222 juta untuk perpindahan Mbappe.
Namun pemain itu menolaknya. Membuatkan PSG bengang. Dan menagih janji ‘mulut’ Mbappe yang pernah menyatakan dia akan membantu kelab itu agar mereka tidak terlepas pemain itu secara percuma.
Lantas PSG yakin Mbappe pada masa itu terbuka untuk mengaktifkan klausa lanjutan khas setahun dan PSG berjanji akan menjual Mbappe ke Real Madrid.
Malangnya itu tak berlaku. Januari 2024, Mbappe memberitahu PSG bahawa dia tak akan melanjutkan kontrak. Namun Mbappe menyatakan dia tidak lagi membuat keputusan tentang kelab seterusnya yang dia akan sertai.
PSG sentiasa percaya kelab itu adalah Real Madrid. Sebagai respon kepada tindakan Mbappe, kelab telah memutuskan enggan membayar baki gaji pemain itu dan juga bonusnya.
Beberapa bulan lalu Mbappe telah membuat aduan kepada tribunal serta Persatuan Pemain Profesional Perancis. Dia menuntut baki gajinya.
PSG berkeras enggan membayar apa apa kerana menurut mereka PSG tidak berhutang apa apa dengan Mbappe.
Mbappe mengheret kes ke mahkamah buruh di Perancis dan keputusan mahkamah berpihak kepadanya. PSG mencabar keputusan itu di mahkamah rayuan. Tetapi laporan terbaru menyebut PSG kalah dalam rayuan mereka.
Bermakna mereka harus membayar €55 juta dan kos guaman Mbappe.
Dalam kenyataannya, LFP mengesahkan perkara itu dengan menyatakan bahawa keputusan mahkamah rayuan ini muktamad dan tidak boleh dirayu lagi.