PSG Hampir Diaibkan Club Brugge Dalam Debut UCL Messi Digandingkan Dengan Neymar Dan Mbape

Harapan kepada PSG musim ini pastinya lebih besar dan lebih tinggi. Ini selepas mereka menandatangani Lionel Messi. Piala sasaran utama mereka sudah pastinya UCL yang masih belum pernah mereka dakap.

PSG turun dengan reputasi pasukan pilihan menurunkan Kylian Mbappe, Messi dan Neymar di barisan serangan pasukan mereka.

Namun di atas padang, ceritanya ternyata mengejutkan. Pasukan underdog dari Belgium iaitu Club Brugge pula yang dilihat selayaknya menang perlawanan ini.

Mana tidaknya, Club Brugge melakukan 16 percubaan ke arah gol dengan 7 percubaan tepat.

Manakala pasukan yang bernilai ratusan juta PSG pula hanya melakukan 9 percubaan dengan 4 percubaan tepat.

PSG terlebih dahulu di hadapan menerusi bekas pemain Manchester United, Ander Herrera yang menyambar hantaran kemas Kylian Mbappe dari sebelah kiri.

Mbappe melakukan gelecekan cantik untuk mencipta ruang dan melorongkannya ke tengah. Walaupun spekulasi tentang masa depannya terus berlegar, namun Mbappe terus menjadi pemain penting PSG dari segi sumbangan gol.

Pada minit ke-27, Hans Vanaken menyamakan kedudukan daripada situasi gol yang mirip kepada gol PSG.

Di mana pemain PSG, Sobol berlari ke byline dan melakukan cross rendah yang disambar oleh Vanaken — bola terbias pada kaki Kimpembe.

Satu aksi bola sepak yang cantik dan berkeyakinan ditunjukkan Brugge.

Messi hampir terus menyamakan kedudukan, namun percubaannya terkena palang.

Pada minit ke-69, Messi melakukan percubaan bahaya yang ditepis Mignolet. Kemudian Messi melakukan percubaan menuju kerajaan langit.

Perlawanan berakhir dengan 1-1, penyokong Brugge menjadi girang gembira mengikat pasukan serba bintang PSG.

Saksikan highlight di sini:

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.