PSG, Inter, Juventus Dikenakan Tindakan Kerana Langgar FFP, Kenapa Barcelona Boleh Lepas? Ini Jawapannya

CFCB (Badan Kawalan Kewangan Kelab) UEFA telah mengeluarkan gambaran keseluruhan Financial Fair Play (FFP) mereka untuk musim 2021-22 dan lapan pasukan telah didenda kerana melanggar peraturan.

Badan Kawalan Kewangan Kelab (CFCB), yang dipengerusikan oleh Sunil Gulati, mengumumkan beberapa siri keputusan yang melibatkan kelab yang menyertai pertandingan kelab UEFA 2021/22.

Analisis meliputi tahun kewangan 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022. Untuk tahun kewangan 2020 dan 2021 tertakluk kepada langkah kecemasan Covid untuk meneutralkan kesan buruk wabak tersebut.

CFCB mendapati ada 8 kelab melanggar peraturan FFP dan dikenakan denda. Mereka adalah PSG yang berhutang atau rugi €65 juta, AS Roma (€35 juta ), Inter (€26 juta), Juventus (€23 juta), AC Milan (€15 juta), Besiktas (€4 juta), AS Monaco (€2 juta) dan Marseille (€2 juta).

Jadi kelab kelab ini diminta membayar denda seperti berikut.

19 kelab lagi hanya dapat memenuhi keperluan dan memuaskan UEFA kerana pelaksanaan langkah kecemasan COVID-19 atau kerana sejarah aliran kewangan kelab mereka. Mereka akan dipantau oleh UEFA – termasuk Barcelona, ​​​​Chelsea, Dortmund, Lazio, Leicester, Lyon, Manchester City, Napoli, Rangers, Real Betis, Sevilla, West Ham dan Wolfsburg .

Bagaimana kelab seperti Barcelona boleh terlepas?

Satu persoalan dibangkitkan ramai pihak adalah tentang Barcelona. Ini selepas UEFA mengesahkan kelab itu bersih daripada sebarang salah laku FFP dalam analisis kewangan mereka tahun ini.

Kenapa kelab kelab tersebut hampir didenda walaupun pasukan seperti Barcelona telah berhutang sangat tinggi?

UEFA menjelaskan, kerugian yang mereka tanggung adalah berlaku pada musim pandemik dari tahun 2020 dan 2021. Dan ianya berada dalam tempoh ‘kelonggaran langkah kecemasan COVID-19’ telah diberikan pada tahun tersebut.

Jadi, kelab kelab di atas melakukan kesalahan untuk tahun kewangan sebelum tahun 2020.

UEFA berkata: “Di bawah langkah-langkah ini, tahun kewangan 2020 dan 2021 akan dinilai sebagai satu tempoh tunggal dan kelab dibenarkan pelarasan covid-19 khusus, dan untuk purata gabungan defisit 2020 dan 2021.” 

Perbelanjaan semasa mereka akan tertakluk kepada laporan pada penggal yang akan datang. Dan pada masa itu barulah UEFA akan melihat sama ada Barcelona boleh menepati piawaian kewangan FFP yang mereka tetapkan ataupun sebaliknya.

Berdasarkan rekod, Barcelona memiliki sejarah aliran kewangan yang sangat baik sebelum pandemik. Terutama sekali hasil daripada hari perlawanan. Dengan Nou Camp kembali menerima penyokong masuk dan sudah dijual hak penjenamaannya, UEFA yakin bahawa Barcelona akan berjaya mencapai angka yang diperlukan pada analisis tahun kewangan akan datang.

Namun  kelonggaran untuk covid-19 akan dihapuskan oleh UEFA mulai tahun kewangan 2023. Jadi sekiranya 19 kelab tersebut melanggar FFP sekali lagi dengan cara yang sama, mereka juga akan dikenakan denda.

Adalah penting bahawa kelab-kelab yang telah didenda atau berada dalam senarai ‘dipantau’ atau penstrukturan semula bayaran untuk musim ini tidak berada dalam senarai CFCB lagi dalam tempoh 12 bulan.

Pelbagai kesalahan FFP akan membawa kepada risiko larangan daripada pertandingan UEFA atau sekatan mendaftarkan pemain baharu. Itu akan membuatkan kelab terjerumus kepada beban hutang lebih tinggi kerana bonus daripada pertandingan seperti UCL sangat tinggi.

Di bawah perjanjian penyelesaian bersyarat selama 3 tahun, kelab bersetuju untuk mematuhi peraturan pendapatan bola sepak mereka menjelang musim 2025/26. Mereka berjanji untuk mencapai sasaran tahunan yang akan meneutralkan kerugian mereka, dan menggunakan langkah kewangan dan sukan bersyarat sekiranya sasaran ini tidak dicapai.

Perjanjian penyelesaian 4 tahun pula berbeza kerana ia menyediakan satu musim tambahan untuk mematuhi peraturan pendapatan bola sepak tetapi ianya akan melibatkan sekatan sukan tanpa syarat ke atas pendaftaran pemain baharu yang terpakai mulai musim 2022/23.

AS Roma dan FC Internazionale Milano memilih perjanjian penyelesaian 4 tahun manakala semua kelab lain memilih untuk tempoh 3 tahun.

Selain itu, CFCB mendapati bahawa CS Santa Clara (POR) dan RSC Anderlecht (BEL) melaporkan pelanggaran kecil terhadap keperluan pulang modal.

CS Santa Clara telah dikenakan denda sebanyak €10,000. RSC Anderlecht dikenakan denda €100,000 kerana kesalahan yang dilakukan.

Tambahan pula, pada musim 2021/22, CFCB meneruskan pemantauan ke atas kelab yang sudah berada di bawah pemerhatian ketat, iaitu AEK Athens FC (GRE), LOSC Lille (FRA), stanbul Başakşehir (TUR) dan FC Porto (POR).

CFCB mendapati bahawa FC Porto (POR), selepas membuka semula kes itu, sedikit gagal memenuhi syarat utama Perjanjian Penyelesaiannya dan, akibatnya, Dewan Pertama CFCB memutuskan untuk mengenakan denda €100,000 dan akan menggantung kelab tersebut daripada pertandingan kelab UEFA yang mana ia akan layak dalam tiga musim akan datang (bukan musim ini) — melainkan keputusan pulang modal agregat kelab untuk tahun kewangan 2019, 2020, 2021 dan 2022 mematuhi keperluan pulang modal.

Tambahan pula, didapati bahawa LOSC Lille (FRA) dan stanbul Başakşehir (TUR) hanya memenuhi sebahagian daripada sasaran yang ditetapkan untuk musim 2021/22 dan, akibatnya, langkah-langkah sukan bersyarat yang diramalkan dalam perjanjian penyelesaian, iaitu had ke atas bilangan pemain yang boleh didaftarkan oleh kelab dalam Senarai A dan sekatan pemain yang baru dipindahkan, akan dikenakan pada musim 2022/23.

Mengenai AEK Athens FC (GRE), CFCB mengesahkan bahawa kelab telah memenuhi syarat yang dikenakan oleh CFCB dalam tarikh akhir yang ditetapkan. Sehubungan itu, kelab boleh keluar daripada perjanjian penyelesaian bersyarat ataun penstrukturan semula bayaran.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan