PSG Janji Akan Jual Mbappe Tahun Depan Asalkan Pemain Itu Lanjutkan Kontrak Di Kelab Itu

PSG dilaporkan sudah mengubah polisi mereka ke atas Kylian Mbappe. Sebelum ini Mbappe diberikan amaran bahawa dia akan dijual serta merta jika tidak melanjutkan kontrak.

Malangnya, untuk menjual pemain, PSG masih perlu mendapatkan kesepakatan dengan pemain. Di mana Mbappe menolak untuk berpindah – terutama sekali ke Al Hilal yang menawarkan PSG €300 juta.

Kontrak Al Hilal tersebut hanya setahun dan membenarkan Mbappe meninggalkan kelab itu secara ejen bebas pada tahun hadapan.

Mbappe menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di PSG. Keputusan Mbappe itu tak diterima oleh Nasser Al Khelaifi yang turut mengarahkan Luis Enrique menggugurkan nama Mbappe daripada jelajah pra musim di Jepun.

Dan Al Khelaifi sudah memberitahu Luis Enrique bahawa Mbappe tidak boleh bermain langsung tanpa melanjutkan kontraknya.

PSG terus mati akal untuk mengelak daripada kehilangan Mbappe secara percuma.

Terbaru kelab itu sedia untuk meletakkan syarat khas dalam kontrak baharu iaitu dengan memasukkan kluasa yang menyatakan bahawa kelab wajib menjual Mbappe pada musim panas 2024 jika pemain itu mahu pergi.

Klausa pelepasan itu dianggarkan lebih €250 juta pada kontrak itu.

Ini untuk membolehkan kelab meraih pendapatan daripada penjualan Mbappe.

Kontrak lanjutan khas sebelum ini sudah berakhir tarikh luputnya. Dan mereka harus mengadakan rundingan kontrak baharu jika mahu Mbappe kekal.

PSG berjanji tidak akan menghalang Mbappe pergi ke mana mana kelab apabila klausa itu diaktifkan.

Malang sekali Mbappe tidak berminat dengannya. Lalu PSG benar benar yakin bahawa Mbappe memang sudah merancang untuk ke Real Madrid secara percuma.

Di mana pemain itu disyaki sudah mengadakan kesepakatan di belakang mereka sebelum ini.

PSG malah pernah mengadu kepada FIFA menuduh Real Madrid punca mereka sukar menjual Mbappe pada harga yang mereka mahukan.

Mereka menuduh Real Madrid sudah mempengaruhi fikiran Mbappe untuk menolak untuk berpindah terutama sekali ke Al Hilal.

Apa yang pasti kini Mbappe sedang menanti bonus kesetiaan dimasukkan ke dalam akaun bank CIMB miliknya.

Baca yang lain