PSG Kick Kapten Mbappe Daripada Tugasan Pra Musim, Kelab Mula Menjualnya

PSG sudah memutuskan bahawa tempoh yang mereka berikan untuk Mbappe melanjutkan kontrak telah tamat.

Sebelum ini Mbappe diberikan 2 pilihan sama ada mahu melanjutkan kontrak atau dia akan dijual.

Ternyata Mbappe tidak berminat untuk melanjutkan kontrak, pendiriannya masih sama seperti sebelum ini.

PSG dilaporkan mula mengambil langkah drastik. Di mana kapten mereka itu digugurkan daripada senarai pemain untuk aktiviti pra musim.

PSG memulakan usaha mencari pembeli Kylian Mbappe. Dengan nama Real Madrid terus dikaitkan.

Nasser Al Khelaifi sebelum ini sudah memberitahu Mbappe bahawa pemain itu ada 2 minggu untuk memilih. Namun Khelaifi dilaporkan benar benar bengang apabila Mbappe langsung tidak menghubunginya untuk bercakap tentang perkara itu.

Nasser menganggap Mbappe sebagai biadap kerana tidak bertindak profesional.

Nasser Al Khelaifi sangat sayangkan Mbappe, dan dia merasa sangat dikhianati.

Kini dia mengeluarkan arahan agar Mbappe tidak boleh mengikuti jelajah pra musim di Jepun.

Isu masa depan Mbappe benar benar tamparan hebat buat PSG. Apabila pada awal Jun lalu, dia menghantar surat peringatan bahawa dia tak akan melanjutkan kontraknya sehingga 2025.

Mbappe ada kontrak 2 tahun wajib – sehingga 2024. Sementara setahun lagi lanjutan adalah opsyen.

Mbappe menegaskan pada masa itu: “Surat itu hanyalah peringatan kepada PSG bahawa saya tak akan melanjutkan kontrak di PSG.”

“Saya tidak pernah merancang untuk kekal lebih daripada 2024.”

Khelaifi yang mendengar perkara itu sangat marah. Dia kemudian mendapat tahu ada video Perez yang viral di mana presiden Real Madrid itu menyatakan bahawa dia akan mendapatkan Mbappe.

Walaupun bengang dengan Perez, PSG tetap cuba menjaga hubungan dengan Real Madrid kerana mereka melihat hanya kelab itu sanggup membayar €200 juta yang mereka letakkan untuk harga Mbappe.

Real Madrid mungkin harus bersabar dan menunggu sehingga musim ini tamat dan mendapatkan Mbappe secara percuma.

Khelaifi meminta Mbappe menunaikan janjinya sebelum ini. Di mana Khelaifi mendedahkan Mbappe sudah berjanji dia tak akan pergi secara percuma, kerana PSG tidak mahu kehilangan salah seorang pemain terbaik dunia sebagai free agent.

Tetapi malangnya pihak Mbappe langsung tidak menunjukkan minat untuk mencari kelab baharu atau melanjutkan kontrak.

Mbappe dikatakan sedia kekal di PSG untuk semusim lagi dan pergi secara ejen bebas. Itu membolehkan Mbappe mendapat bonus atas tandatangan dengan kelab baharunya.

Kemudian Mbappe ada klausa khas di mana dia boleh menuntut €150 juta jika kelab PSG menjualnya tanpa kerelaannya.

Mbappe sudah diberikan kuasa yang sangat besar dan istimewa di PSG. Termasuk boleh campur tangan urusan cadangan dalam jual beli pemain.

Kerana Mbappe adalah teras projek PSG. Keistimewaan itu diberikan PSG ketika memujuk Mbappe kekal bersama mereka sebelum ini. Di mana ketika itu Mbappe mahu pergi ke Real Madrid.

Akhirnya Mbappe kekal.

Tetapi kini Mbappe merasakan PSG bukan kelab terbaik untuk dia mencapai misi peribadi mahu memenangi anugerah seperti Ballon d’Or kerana menurutnya di PSG setiap orang berjuang untuk diri sendiri dan berpecah belah.

Apa yang pasti PSG benar benar tidak mahu melepaskan Mbappe secara percuma selepas kehilangan Lionel Messi secara percuma ke Inter Miami.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid