PSG Laburkan RM5.462 Billion Untuk Neymar Dan Mbappe Sahaja, Kini Era Berakhir Tanpa UCL

Sebuah laman sukan, Front Office Sports mendedahkan angka yang dibayar PSG untuk mendapatkan Neymar dan Mbappe serta kos keseluruhan yang mereka tanggung.

Kos ini termasuk kontrak dan gaji pemain tersebut ketika di PSG.

Neymar dan Mbappe sebelum ini dibawa masuk untuk projek besar oleh QSI di PSG.

Jelas sekali QSI mahukan PSG menjuarai UCL sebagai bukti sebenar kejayaan projek mereka. PSG mendapatkan ramai pemain bintang pada era QSI terutama sekali Neymar, Mbappe dan Messi pun pernah.

Untuk kes Messi, dia sertai PSG secara percuma dan berada di fasa akhir kariernya.

Sebelum ini, PSG menjadikan Neymar sebagai asas kepada projek sukan mereka. Dua musim lalu mereka mulai mengalihkannya kepada Mbappe. Di mana pemain itu turut diberikan kuasa bersuara dalam aspek kesukanan di pasukan itu.

Mbappe diberikan kuasa seperti pemilik kelab. Dia boleh mengiyakan atau membantah pembelian dan penjualan pemain serta perlantikan jurulatih sekalipun.

Ini kerana PSG mahu membuktikan bahawa mereka serius mahu menjadikan Mbappe tunjang projek mereka. Ketika itu PSG memujuk Mbappe untuk terus kekal dan menolak Real Madrid.

Mbappe kemudian setuju untuk kekal. Dan beberapa tahun kemudian Mbappe enggan kekal lebih lama daripada 2 tahun. Dia tak nak mengaktifkan klausa lanjutan setahun yang khas pada kontraknya.

Dia akan pergi secara percuma selepas tamat musim ini. Era Neymar dan Mbappe di PSG berakhir tanpa sebarang kejayaan UCL yang mereka dambakan. Paling tinggi mara ke final UCL.

Secara keseluruhannya, PSG membayar $578 juta untuk Neymar. Ini termasuk $239 juta bayaran perpindahan kepada Barcelona kemudian kontrak $217 juta yang pertama. Diikuti kontrak baharu bernilai $122 juta.

Bagi Kylian Mbappe, PSG membelanjakan $574 juta pada pemain tersebut. Mereka membayar yuran perpindahan $194 juta kepada Monaco secara keseluruhan termasuk bonus.

Kontrak pertama Mbappe bernilai $80 juta. Lanjutan seterusnya bernilai $235 juta dan dia berhak menerima bonus $80 juta bonus kesetiaan. Menjadikan jumlah keseluruhan $574 juta untuk membela Mbappe.

Jadi, untuk dua pemain ini sahaja PSG melaburkan $1.152 billion atau RM5.462 billion.

Ianya adalah projek yang gagal di mata Al Khelaifi. Yang seringkali memecat pengurus yang gagal di UCL. Selain itu dia juga memanjakan Mbappe sebelum ini. Akhirnya Mbappe pergi jua.

Pada satu ketika PSG pernah ada trio  Neymar, Messi dan Mbappe. Masih juga gagal menjulang sebarang kejuaraan UCL.