PSG dilaporkan sedia untuk menjual Mbappe. Namun dengan harga ‘bukan untuk dijual’ iaitu €400 juta.
Jika ada kelab yang boleh menawarkan wang sebanyak itu, maka mereka boleh mendapatkan Mbappe.
Kylian Mbappe sudah menyatakan bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu pada Januari. Ini kerana Mbappe tidak gembira dengan apa yang berlaku di PSG ketika ini.
Mbappe merasakan kelab itu mengkhianati janji mereka ke atasnya.
PSG sebelum ini menawarkan Mbappe kuasa tertentu di dalam pasukan. Dan berjanji akan menandatangani seorang bek tengah dan pemain no.9.
Mbappe tidak suka bermain di posisi no.9. Dia mahu bermain di bahagian sayap yang memberikannya lebih kebebasan.
Dia mengkritik taktikal Christophe Galtier walaupun pasukan PSG ketika ini di dalam prestasi terbaik. Tetapi Mbappe menilai dirinya tidak begitu besar kuasanya seperti dijanjikan sebelum ini.
Mbappe pernah dijanjikan akan menjadi teras kepada projek bola sepak di PSG.
Wartawan Perancis Julien Laurens menjelaskan mengenai CBS: “Kami diberitahu hari ini, petang ini, ceritanya dia tidak berpuas hati. Sangat tidak berpuas hati.”
“Janji-janji yang dibuat kepadanya oleh kelab, projek yang dijual kepadanya oleh kelab, yang tidak ditepati.”
“Mereka berkata mereka akan menandatangani pemain No.9 pada musim panas, dengan Messi, tidak akan ada Neymar, mereka akan menandatangani pemain pertahanan tengah, dia akan berada di tengah-tengah projek – tiada satu pun perkara itu berlaku.”
“Itu, di atas semua ketegangan yang kita lihat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, telah membawa kita ke tahap ini di mana dia memutuskan untuk pergi secepat mungkin, iaitu pada jendela perpindahan Januari.”
Jika Mbappe benar benar mahu pergi, dia hanya dibenarkan untuk berangkat dengan nilai €400 juta.
Real Madrid masih dikaitkan dengan pemain itu. Namun laporan dari Sepanyol menyebut bahawa kelab itu tak akan sanggup membayar angka sebesar itu untuk Mbappe. Mereka malah sedia menunggu Mbappe tamat kontrak pada 2025 dan menyertai mereka secara percuma.
Beberapa minggu lalu, terdapat laporan menyebut bahawa, kontrak Mbappe sebenarnya 2+1 tahun. Hanya 2 tahun kontrak tetap dan setahun lagi adalah pilihan untuk dilanjutkan.
Apa yang lebih unik, klausa lanjutan itu, boleh diaktifkan oleh Mbappe sendiri. Yang bertindak sebagai pemain dan ‘kelab’ dalam klausa tersebut.
Jika laporan itu benar, maka Real Madrid boleh mengharapkan mereka mendapatkan Mbappe seawal musim panas 2024.
PSG masih menganggap Mbappe sebagai nadi penting projek mereka. Walaupun Mbappe merasakan bahawa pemain pemain di bilik persalinan lebih menghormati Lionel Messi berbanding dirinya.
PSG tidak akan melepaskan Mbappe dengan mudah. Selain daripada Real Madrid, kelab seperti Chelsea juga dikatakan sedang memantau situasi Mbappe.
Thierry Henry dalam ulasannya baru baru ini meminta Mbappe menghormati PSG sebagai pasukan kerana tiada pemain lebih besar daripada kelab atau pasukan. Walaupun Henry mungkin lupa bahawa Nasser Al Khelaifi sendiri yang menjadikan Mbappe lebih besar daripada kelab.
Henry berkata: “Kita tahu dia tidak menyukainya (bermain No.9) dan saya rasa seperti yang saya katakan, tiada siapa yang suka didedahkan kepada perkara yang anda tidak pandai.”
“Anda pasti akan tidak menyukainya, tetapi ada sesuatu yang lebih besar daripada orang lain dan itulah kelabnya, PSG.”
Henry membandingkan situasi semasa Mbappe dengan zamannya di Barcelona.
Dia menambah: “Saya akan menggunakan cerita saya sendiri. Saya tidak suka bermain di sayap untuk Barca. saya bencikannya. Tetapi saya melakukannya untuk pasukan.”
“Terdapat satu peraturan: jika bos meminta anda melakukan sesuatu, anda lakukan, – jika ia bagus untuk pasukan!”
“Jika ia tidak baik untuk pasukan, saya akan berhujah.”
"I didn't like to play high and wide at Barcelona. I hated it! But I did it for the team!"
Thierry Henry understands Kylian Mbappé's grievances but believes he should put the team first. pic.twitter.com/0ysU9x4ZeS
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) October 11, 2022