PSG dilaporkan benar benar berminat mahu mendapatkan Mason Greenwood yang kini bermain untuk musuh utama mereka Marseille.
Jika Greenwod ke PSG, dia pasti akan menjadi nama paling dibenci oleh peminat Marseille selepas ini.
PSG sebenarnya pernah berminat mendapatkan Mason Greenwood ketika pemain itu dipinjamkan ke Sepanyol sebelum ini. Namun memutuskan untuk mendapatkan Randal Kolo Muani.
Mason Greenwood, pemain yang digilap di akademi Man United menjadi salah seorang pemain remaja sensasi ketika dia menembusi slot pasukan utama United.
Namun selepas itu, kariernya dengan United berakhir apabila dia terlibat dalam kes pukul dan tuduhan perkosa teman wanitanya sendiri.
Greenwood hanya terlepas hukuman keerana teman wanitanya dan keluarga teman wanitanya itu memutuskan untuk mengggurukan kes tersebut.
Dia kemudian dipinjamkan ke Getafe dan mendapatkan semula rentak permainannya. Selepas tamat tempoh pinjamannya, Man United kekal dengan polisi tidak mahu pemain itu berada dalam pasukan mereka.
Kerana menurut Sir Jim Ratcliffe, ada kepentingan kelab yang harus dijaga. Ianya melibatkan inej kelab tersebut.
Pemain itu seterusnya dibeli oleh Marseille yang diuruskan oleh Roberto De Zerbi. Dan dia terus cemerlang dengan 14 gol serta 3 assist dalam 22 perlawanan setakat ini.
Kini PSG berminat mahu membeli Greenwood. Difahamkan Man United memiliki kluasa bonus penjualan yang sangat tinggi dalam kontrak Mason Greenwood. Di mana bonus itu sekitar 50%.
🚨 NEW: PSG are interested on Mason Greenwood and are reportedly ready to offer around £62M for him.
Manchester United have a sell-on clause on his contract and is set at between 40 & 50%. Pure profit for United if the transfer is done. [@Fichajes_futbol] pic.twitter.com/f0DSUQp1no
— UtdXclusive (@UtdXclusive) February 17, 2025
PSG sedia membeli Greenwood dengan nilai €75 juta atau sekitar £62 juta. Bermakna United akan meraih sekitar £31 juta daripada penjualan pemain itu.
Jumlah ini sangat bagus untuk United kerana mereka ketika ini cuba mengimbangi akaun FFP mereka. Pada masa yang sama boleh membantu menambah dana perpindahan untuk digunakan Ruben Amorim.