PSG berdepan situasi di mana mereka harus memilih antara Messi atau Neymar.
Ini kerana mereka dilaporkan tidak boleh meletakkan kedua dua pemain itu dalam satu pasukan lagi sekiranya Messi melanjutkan kontrak.
Ianya berkaitan dengan akaun FFP pasukan itu. Di mana PSG harus mengurangkan bil gaji pemain mereka sehingga 30% untuk musim depan.
🚨 PSG is forced to reduce its wage bill by 30% next summer, hence the lack of activity this winter. @lequipe 🔖💰
— PSGhub (@PSGhub) February 5, 2023
PSG benar benar mahukan Messi terus kekal bersama dengan mereka.
Namun ianya memerlukan kelab itu menaikkan gaji Messi, perkara biasa dalam melanjutkan kontrak pemain.
Walaupun Messi sudah berusia namun prestasinya menunjukkan bahawa dia masih berada di tahap tertinggi permainannya.
Neymar masih ada kontrak sehingga 2025. Dan kelab itu sedia untuk melepaskan pemain itu kepada mana mana kelab yang berminat mendapatkan pemai berusia 31 tahun itu.
Pengurusan tertinggi dan ahli lembaga pengarah itu sudah sebulat suara mahukan Lionel Messi kekal sekurang kurangnya untuk 2 musim lagi.
Jadi, masa depan Neymar di PSG bergantung kepada Messi. Jika dia memutuskan untuk menandatangani kontrak baharu, maka Neymar akan diminta mencari kelab baharu.
🚨 Le PSG souhaite se séparer de Neymar à la fin de la saison, la direction du club a fait son choix ! 🇧🇷🛫
L’enjeu maintenant : voir si le joueur sera enclin à partir et si un club le voudra.
— Hadrien Grenier (@hadrien_grenier) February 13, 2023
Ini bukan pertama kali PSG cuba menjual Neymar. Malah ketika pertukaran pengurus, Galtier dikatakan tidak memberikan jaminan bahawa dia akan menggunakan Neymar sebagai pemain utamanya.
Lalu PSG mempertimbangkan untuk menjual Neymar pada awal musim ini. Galtier setuju dengan idea tersebut kerana pengurus itu menyatakan dia mahukan Mbappe dan Messi di dalam pasukan.
PSG anggap, adalah perkara yang merugikan meletakkan Neymar di bangku simpanan.
Namun pemain itu enggan berpindah. Rundingan menjadi sukar kerana Neymar hanya mahu kembali ke Barcelona jika PSG mahu menjualnya.
Barca tidak dapat menandatangani Neymar kerana berdepan masalah kewangan.
Kemudian Neymar pula enggan dikurangkan gaji oleh kelab baharunya.
Mbappe juga dikatakan setuju dengan idea menjual Neymar. Kerana Mbappe berpendapat, Neymar kurang berdisiplin ketika di PSG. Berita yang membuatkan Neymar benar benar kecewa ketika itu.
Harus diingat Mbappe merupakan orang penting dalam bersuara untuk projek PSG.
Neymar's departure is an essential condition for Kylian Mbappe to see out his PSG contract until 2025' with reports in Spain suggesting president Nasser Al-Khelaifi 'took matters into his own hands to try and sell the Brazilian last summer. pic.twitter.com/EXgVYerSeF
— SpiceFM 89.9 Hoima (@SpiceFMHoima) October 19, 2022
Sangat berbeza dengan ketika Neymar melanjutkan kontraknya sebelum ini. Di mana Neymar meminta PSG memberikannya jaminan bahawa kelab itu tidak sesekali menjual Mbappe ke kelab lain.
Di mana Mbappe dikaitkan dengan Real Madrid pada masa itu.
Neymar made it a condition when he signed his new contract with PSG that they would not sell France forward Kylian Mbappe this summer.
(Via: AS)#angelsports pic.twitter.com/JcNPGB4En7
— CHAMP💠(@ChampPirloWan) June 10, 2021
Agenda menjual Neymar kembali lagi
Kini idea untuk menjual Neymar muncul lagi, kerana PSG mahu melaburkan wang pada Neymar untuk melanjutkan kontrak Messi.
Sebelum ke Piala Dunia 2022, Messi dikatakan memiliki rundingan positif dengan PSG tentang lanjutan kontrak.
Dia malah ditawarkan kontrak yang memiliki klausa khas seperti dimiliki Mbappe.
Di mana PSG menawarkan kontrak 2+1 tahun untuk Messi. 2 tahun kontrak mutlak dengan tahun ketiga optional untuk dilanjutkan.
Uniknya kontrak ada pada Mbappe dan ditawarkan kepada Messi ini, pilihan untuk melanjutkan itu diletakkan pada kuasa pemain sepenuhnya.
Jadi, jika dia mahu terus kekal, dia cuma perlu mengaktifkan sendiri klausa itu tanpa perlukan persetujuan 2 pihak dengan kelab seperti yang biasa pada kontrak pemain lain.
Namun selepas Piala Dunia 2022, Messi dikatakan mulai mengubah fikirannya.
Messi ubah fikiran
PSG kini berdepan tamparan hebat apabila juara dunia, Lionel Messi dilaporkan telah mengubah fikirannya dalam rundingan kontrak baharu.
Messi masih belum melanjutkan kontrak dengan PSG, walaupun ada tawaran yang sangat lumayan di atas mejanya.
Sedangkan beberapa bulan lalu, L’Equipe melaporkan bahawa Messi sedia untuk terus kekal di PSG. Sekaligus menutup ruang untuknya kembali ke Barcelona ataupun menyertai Inter Miami di Amerika Syarikat.
Messi dilaporkan telah mengubah fikirannya tentang masa depannya dan tidak akan menandatangani perjanjian baharu di Paris Saint-Germain.
Bermakna, penyerang itu akan menjadi ejen bebas pada akhir musim ini.
Messi telah menjadi salah seorang bintang yang menonjol dalam Ligue 1 setakat musim ini.
Pemain berusia 35 tahun itu telah menjaringkan lapan gol dan membantu 10 assist dalam 15 penampilan, membantu kelab itu mendahului tiga mata di puncak liga.
Kontrak penyerang itu tamat pada penghujung musim walaupun PSG lantang menyatakan bahawa mereka berminat untuk mengekalkan khidmatnya.
Namun rundingan tergendala seketika kerana Messi memberikan tumpuan kepada Piala Dunia.
Sekembalinya ke kelab itu, dilaporkan bekas bintang Barcelona itu telah bersetuju dengan perjanjian baharu dengan kelab juara Perancis itu.
Bagaimanapun, dia telah berubah fikiran dan kini sedang meneroka pilihan lain, menurut Gerard Romero.
Messi ‘tiada niat’ untuk kekal bersama PSG, yang dijangka menarik perhatian banyak kelab di dalam dan luar Eropah.
PSG yakin Messi akan terus kekal
Pasukan MLS, Inter Miami sebelum ini telah disebut sebagai destinasi yang mungkin untuk pemenang Ballon d’Or tujuh kali, setelah berbincang dengan David Beckham mengenai perpindahan itu.
Messi pernah menyatakan dia dan isterinya sukakan kehidupan di Amerika Syarikat dan tidak menolak akan menamatkan kariernya di Amerika Syarikat.
Seterusnya terdapat juga laporan menyatakan bahawa kelab dari Arab Saudi, Al Hilal sedia menawarkan kontrak €300 juta semusim untuk Messi.
Tetapi buat masa ini, tiada rundingan antara Messi dan Al Hilal.
PSG masih berharap pemain itu akan terus kekal bersama dengan mereka. Dan yakin bahawa Messi akan mengubah fikirannya.