PSG Mahu Lanjutkan Kontrak Messi Selepas Menjana USD700 Juta Hasil Publisiti Bintang Tersebut

Paris Saint-Germain (PSG) menegaskan bahawa mereka menyambung segera kontrak bintang mereka, Lionel Messi. Sambungan kontrak dijangka berlanjutan sehingga 2024.

Seperti dilaporkan Marca, Paris Saint-Germain (PSG) telah berkomunikasi dengan Lionel Messi berhubung lanjutan kontrak.

PSG merancang untuk melanjutkan kontrak Lionel Messi selama setahun lagi sehingga 2024.

Messi belum ditawarkan kontrak rasmi. Bagaimanapun, PSG didakwa sanggup melanjutkan kontrak kapten pasukan kebangsaan Argentina itu.

Messi dilaporkan akan menjelaskan masa depannya selepas Piala Dunia 2022 di Qatar yang akan berlangsung pada November.

Messi akan melihat keadaan fizikal, motivasi dan keadaan mentalnya untuk menentukan masa depannya bersama kelab Perancis itu. Malah ada juga teori menyatakan bahawa Messi mungkin akan mempertimbangkan kembali semula ke Barcelona.

Messi kini dilaporkan sudah berlatih bersama PSG untuk aksi pra musim.

Malah pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu memotong cuti selama seminggu untuk memulakan latihan di bawah jurulatih baharu PSG, Christophe Galtier.

Mengenai keputusan PSG menyambung kontrak Lionel Messi, ternyata bukan sahaja prestasi di atas padang, malah faktor di luar padang.

Messi adalah pemain dan juga pembuat wang untuk PSG. Menurut Marca, 2022 merupakan tahun yang paling menguntungkan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.

Presiden PSG itu melihat kelabnya memperoleh keuntungan sebanyak USD700 juta.

Salah satu sebab kenapa PSG menjana pendapatan sebesar itu adalah kerana Lionel Messi.

Semakin banyak penaja masuk dan melanjutkan kontrak mereka kerana Messi menjadi wajah komersial kelab.

Selain itu, 60 peratus jersi PSG yang dijual adalah jersi bercetak nama Messi.

BACA JUGA: Kuasa Komersial Messi Membuatkan PSG Raih €700 Juta, 60% Jualan Jersi PSG Adalah Nama Messi

Lionel Messi menikmati musim pertama yang agar suram di PSG secara individu, kerana mengambil kira rekodnya yang sentiasa mecetak 30-40 gol semusim.

Ia adalah detik luar biasa dalam dunia bola sepak apabila berita muncul bahawa Messi tidak akan lagi menjadi pemain Barcelona dan tidak lama kemudian pasukan Paris itu menawarkannya tempat baru.

Di atas kertas, langkah itu dianggap melengkapkan kisah bola sepak fantasi atau ibarat permainan video di alam nyata oleh PSG.

Messi akan terus bermain di peringkat tertinggi permainan dan akan bergabung dengan Neymar dan Kylian Mbappe dalam proses itu.

Ramai sudah membayangkan bahawa trio serangan itu akan sesuka hati merobek lawan mereka. Memikirkan mereka bertiga berada di dalam satu pasukan yang sama adalah pekara yang tidak masuk akal.

Malangnya, ia tidak berjalan mengikut perancangan kerana Messi bergelut untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharunya.

Gol sukar dicapai dan gandingan luar biasa yang digembar-gemburkan antara dirinya, Neymar dan Mbappe dilihat tidak selancar disangkakan. Ada kalanya menjadi ada kalanya tidak.

Lebih perit mereka terkena kebangkitann Real Madrid dan tersingkir dari UCL. Dengan Messi dianggap antara yang bertanggungjawab di atas kegagalan itu kerana kegagalan dia menyudahkan penaltinya.

Sudah tentu ada detik-detik magis di mana Messi akan mengingatkan kita tentang kegeniusannya, tetapi, dengan mengambil kira piawaian standard yang dia letakkan sendiri, detik-detik itu jauh daripada apa yang terbaik daripada Leo Messi.

Nasser Al Khelaifi sendiri menilai Messi melalui musim pertama yang sukar dan yakin pemain itu akan menunjukkan prestasi terbaiknya pada musim hadapan.

PSG sedia melepaskan beberapa pemain mereka termasuk Neymar. Namun bukan Lionel Messi. Nasser Al Khelaifi memberikan jaminan bahawa Messi akan terus kekal di PSG.

Kenapa?

Walaubagaimanapun, walaupun pengaruhnya di atas padang mungkin agak sukar, tidak dapat dinafikan kesan besar yang dia berikan dari sudut komersial kelab.

Fakta mudahnya ialah Messi bukan sekadar aset permainan, tetapi juga permata komersial.

PSG tahu apa yang mereka perolehi apabila mereka menandatanganinya dan hasil usaha mereka kini telah didedahkan.

Menurut laporan di SPORT, PSG menikmati tahun rekod dari segi pendapatan komersial paling tinggi dalam sejarah kelab. Ianya kerana Messi.

Kelab itu mencatatkan rekod memecahkan rekod pendapatan €700 juta musim ini dengan Messi turut menyumbang jumlah besar kepada jualan baju mereka.

Kelab itu mencapai angka jualan sejuta unit jersi kelab buat pertama kali dengan nama Messi di belakang menyumbang 60% daripada jumlah jualan itu. Walaupun jualan jersi hanya sekitar 15-20% menjadi bonus kepada kelab, namun angka itu benar benar meningkat mendadak.

Messi juga telah membuatkan PSG menerima lebih 10 perkongsian komersial atau penaja baharu, yang hadir semata-mata kerana kehadiran legenda Argentina itu dalam pasukan mereka.

Dan, sudah tentu, siapa yang boleh melupakan hakikat bahawa Michael Jordan turut tersenyum riang melihat jenamanya mencatat hasil jualan tertinggi dalam beberapa jam selepas Messi menandatangani kontrak dengan PSG.

Kini peminat akan berharap kejayaan luar padang yang dibina di sekeliling Messi boleh diterjemahkan kepada kegembiraan di atas padang ketika kelab meneruskan pencarian penuh mereka untuk Piala Eropah pertama.

Baca yang lain