Paul Pogba baru sahaja menunjukkan aksi luar biasa dalam perlawanan pembukaan EPL berdepan dengan Leeds. Di mana Pogba melakukan 4 assist dalam perlawanan tersebut.
Menjadikan beliau sebagai pemain United pertama melakukan 4 assist dalam satu perlawana EPL.
Meskipun tidak menjaringkan gol, namun Pogba jelas sekali berada di prestasi kemuncaknya. Bak kata sesetengah peminat. Akhirnya Man United mendapat Pogba versi Perancis. Merujuk kepada prestasi Pogba bersama dengan Perancis.
Namun begitu, masa depan Pogba dengan Man United masih jauh daripada selesai. Pemain tersebut masih belum melanjutkan kontraknya bersama Manchester United.
Ada laporan menyatakan bahawa Pogba sedia untuk meninggalkan Man United dan mahu menyertai Real Madrid sebaik sahaja kontraknya tamat.
Kontrak semasa Pogba akan berakhir musim hadapan. Jika tidak melanjutkan kontrak dalam musim ini, maka, Pogba akan menjadi ejen bebas dan boleh ditandatangani secara percuma.
Pogba sebelum ini pernah terbuka menyatakan bahawa beliau memang berminat ke kota Madrid menyertai Real Madrid.
Namun kini, PSG sudah sedia untuk memintas Real Madrid jika pemain itu menjadi ejen bebas.
PSG dikaitkan dengan Pogba pada pra musim ini. Namun mereka dilihat mulai mengendurkan usaha mendapatkan Pogba selepas Man United tidak berganjak daripada pendirian mahukan Pogba kekal.
Seterusnya, PSG dikatakan mulai mengalihkan perhatian untuk mendapatkan Messi yang gagal didaftarkan di La Liga. Tetapi ini bukan bermakna PSG sudah habis minat ke atas Pogba. Mereka akan kembali kepada pemain itu selepas ini.
Independent melaporkan bahawa PSG sedia untuk memberikan Pogba gaji luar biasa sebanyk £510,000 seminggu. Itu bermakna Pogba akan dibayar £26.52 juta setahun.
Mereka berharap dengan tawaran itu, Pogba akan memikirkan untuk datang ke PSG.
Sebelum ini PSG dituduh telah melanggar FFP dengan perjanjian dengan 4 pemain baharu mereka. Kerana gaji yang sangat tinggi.
Namun Nasser Al Khelaifi menafikan perkara itu, malah menyatakan bahawa akaun mereka bersih dan ada ruang lagi untuk Messi.
Ini selepas mereka menyemak dengan seksyen akaun mereka.
Mauricio Pochettino memang sudah lama mencari pemain tengah yang berkaliber seperti Pogba.
Selain Pogba, PSG turut berminat mendapatkan Cristiano Ronaldo jika mereka tidak dapat memeterai perjanjian baharu dengan Kylian Mbappe.
Mereka mahukan CR7 juga secara percuma.
Kisah Pogba pernah tolak PSG sebelum ini
Bukan semua peminat Paris Saint-Germain teruja dengan berita yang mengaitkan kelab mereka dengan Paul Pogba. Ini kerana ada segelintir mereka telah menyatakan bahawa mereka tak inginkan pemain itu bermain untuk kelab mereka.
Pogba dilaporkan menolak tawaran lumayan daripada Man United yang akhirnya sanggup membayar pemain itu gaji sama dengan David De Gea.
Sebelum ini Mino Raiola kecewa kerana Pogba tidak menjadi penerima gaji terbesar di United ketika Alexis Sanchez menyertai United dengan gaji sangat tinggi.
Selepas pemergian Sanchez, Raiola kemudian meminta United menawarkan kontrak sama dengan seperti yang mereka berikan kepada De Gea atau lebih. Ini kerana menurut Raiola, Pogba merupakan pemain berkelas dunia dan terbaik dalam skuad United dan berhak menjadi penerima gaji tertinggi.
Berita penolakan oleh Pogba baru baru ini dikatakan memberikan isyarat bahawa pemain itu sudah sedia untuk angkat kaki buat kali kedua.
Malah laporan dari UK menyatakan bahawa, Man United tidak menolak kemungkinan mereka akan menerima kontak dari PSG berkenaan dengan Pogba.
Ada penyokong yang melakukan protes kedatangan Pogba ke PSG dengan menggantung banner di luar luar kompleks latihan PSG.
Banner tersebut tertulis: “Pogba, kamu harus mendengar kata ibu kamu. Dia tak mahu kamu datang ke sini, kami pun begitu [turut tak mahu].”
📸 Banners against the arrival of Paul Pogba at PSG, in front of Parc des Princes and Camp des Loges 👇 #mufc #mujournal
[@RMCsport] pic.twitter.com/JHjZaXN9QD
— United Journal (@theutdjournal) July 24, 2021
Mesej itu ditujukan kepada Pogba. Di mana beberapa tahun lalu, pemain itu pernah menyatakan dia tak pernah terfikir akan bermain untuk PSG kerana keluarganya merupakan peminat Marseille yang merupakan seteru utama PSG.
PSG sudah lama mahukan Pogba. Namun pemain itu sudah berikrar bahawa dia tak akan ke PSG kerana cintanya kepada Marseille.
Permusuhan dua kelab itu menjadi hangat sejak era 70-an lagi. Pada 2018, Pogba bercakap kepada Canal+: “Saya sangat pasti, saya tak akan bermain untuk kelab bola sepak yang berpangkalan di Parc des Princes [stadium digunakan PSG].”
“Saya tak tertarik langsung untuk bermain di sana, kerana ayah dan ibu saya merupakan peminat Marseille. Jadi Paris tidak pernah sesuai dengan rancangan saya.”
“I'm sure that I wouldn't play club football at the Parc des Princes," Pogba told Canal+ in 2018.
"I'm not attracted to that because my father and mother were fans of Marseille so Paris doesn't really fit into my plans." pic.twitter.com/3pLL4ZXYmi
— Devils of United 🔰 (@DevilsOfUnited) July 24, 2021
Pogba kemudian menegaskan, sekalipun dia ingin ke PSG, pasti ibunya tidak akan merestui sama sekali dia ke sana, kerana semangat ke-Marseille-an yang kuat dalam diri mereka.
Namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Ini selepas Mauricio Pochettino sangat mahukan Pogba menjadi sebahagian pasukannya. PSG sedia membayar £50 juta untuk mendapatkan Paul Pogba dan memberikan gaji lumayan kepada pemain itu.
Pochettino yang baru sahaja mendapatkan Wijnaldum dari Liverpool, mahu membentuk barisan tengah yang lebih bertenaga.
Seterusnya pemain berusia 28 tahun itu juga dikatakan sedang mempertimbangkan kepulangan ke Perancis. Kehidupan kota Paris sentiasa disukai oleh Pogba walaupun dia tak suka PSG.