PSG mahu Marcus Rashford sebagai pengganti kepada Kylian Mbappe. Penyerang sensasi Perancis itu dijangka akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini.
Mbappe masih tidak ada tanda tanda berminat untuk kekal di PSG ketika ini. Dengan Real Madrid dikatakan sebagai destinasi seterusnya untuk pemain itu.
Rundingan dengan Real Madrid cuma dihalang oleh tawaran gaji. Di mana Mbappe masih tidak berpuas hati dengan tawaran gaji oleh Real Madrid.
Membuatkan pemain itu sedia mempertimbangkan pilihan lain termasuk ke kelab Inggeris – menurut laporan Independent UK.
Nama Marcus Rashford sekali lagi dikaitkan dengan PSG. Pemain yang boleh bermain di posisi sayap kiri dan juga no.9, sama seperti Mbappe.
Isu gaji sentiasa bukan masalah untuk PSG. Mereka akan mengosongkan gaji €1 juta seminggu yang diterima Mbappe pada masa ini, selepas pemain itu keluar.
Jadi PSG mampu menawarkan gaji lumayan kepada Rashford. Sebagai perbandingan, pada 2022, mereka pernah menawarkan gaji €400,000 seminggu kepada Rashford – menurut laporan The Guardian.
Namun ditolak oleh pemain itu yang mahu terus kekal di United. Dia malah sudah melanjutkan kontrak baharu sehingga 2028 di kelab itu.
Salah satu sebab United memberikan kontrak panjang kepada Rashford adalah kerana minat daripada kelab seperti PSG dan beberapa kelab elit yang lain ke atas pemain itu.
Kini PSG sedia menawarkan tawaran lebih tinggi kepada bintang antarabangsa England itu yang dianggap kapten United di masa depan.
United sudah meletakkan tanda harga €120 juta untuk pemain itu, jika ada kelab yang mahu memulakan rundingan. Tanda harga itu adalah angka yang menunjukkan bahawa pemain itu bukan untuk dijual.
Dari segi karakter, Luis Enrique juga yakin Rashford memiliki ciri ciri yang mirip kepada Kylian Mbappe. Pemain yang pantas dan juga penjaring gol.
Musim ini bukan musim terbaik untuk Rashford. Namun PSG masih yakin bahawa pemain itu adalah pemain yang berkelas dunia.
🚨💣| PSG are interested in signing Marcus Rashford from Manchester United in the summer. [@iPaperSport] pic.twitter.com/fjvXamrJga
— Football Talk (@FootballTalkHQ) January 30, 2024
Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk meyakinkan Rashford meninggalkan Man United. Pemain itu sudah bersama United sejak di akademi lagi.
Dianggap sebagai salah seorang produk akademi terbaik kelab itu. Pemain yang berjaya menembusi skuad utama dan menjadi pemain kebangsaan England.
Dia juga dilihat sangat gembira di bawah Erik Ten Hag. Menjadi antara pemain penting Ten Hag yang sentiasa percayakan pemain itu walaupun dia mengalami sedikit krisis prestasi musim ini.
Namun Ten Hag sentiasa percaya Rashford akan menjadi ancaman terbesar buat lawan apabila dia berada di prestasi terbaiknya sekali lagi.