PSG kini menyatakan bahawa mereka mahukan Jadon Sancho untuk menyertai kelab tersebut. Masa depan Sancho di United terus menjadi tanda tanya walaupun dia sudah berbaik dengan Erik Ten Hag.
PSG dan United kini masih berunding untuk Manuel Ugarte. Dan PSG mahukan pemain United iaitu Jadon Sancho dalam rundingan berasingan.
Man United meminta €60 juta untuk pemain England tersebut, angka itu adalah jauh daripada apa yang mereka bayar kepada Borussia Dortmund beberapa tahun lalu.
Di mana United membayar kira kira €85 juta kepada Dortmund untuk mendapatkan pemain tersebut.
PSG sebelum ini mahukan pemain PSG, Kvicha Kvaratskhelia, dengan ejen pemain tersebut mengesahkan ada tawaran lumayan di atas meja Napoli untuk pemain tersebut. Dan meminta kelab itu menerima tawaran tersebut, atas alasan ianya boleh membantu kewangan dan pembangunan akademi kelab itu.
Tawaran tersebut dilaporkan kira kira €100 juta. Namun begitu Antonio Conte mengesahkan bahawa dia tidak mahu melepaskan pemain tersebut, kerana dia sudah sudi untuk membiarkan kelab menjual Victor Osimhen.
Conte menganggap Kvaratskhelia sebagai pemain penting untuknya di Napoli dalam usaha membentuk pasukan pesaing kejuaraan Serie A sekali lagi.
Lalu, PSG mempertimbangkan pilihan lain sebelum jendela perpindahan ditutup,
Sancho sebelum ini menyertai Borussia Dortmund secara pinjaman. Walaupun agak tidak konsisten pada awalnya, namun dia mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu kelab itu mara ke final Liga Juara Eropah.
Dia kembali semula ke United walaupun sebelum itu dia sudah menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di Dortmund. Masalah utama adalah, Dortmund tidak sanggup membayar €60 juta yang diminta oleh Man United untuk mendapatkan pemain itu secara tetap.
Harga tersebut dianggap sebagai harga diskaun oleh United.
Kini PSG pula datang menyatakan minat mereka kepada pemain yang masih ada kontrak sehingga 2026 itu. Namun begitu perbincangan masih di peringkat awal dengan Man United meletakkan tanda harga €60 juta.
RMC menjangkakan bahawa perpindahan ini tidak semudah yang disangka. Kerana PSG dikatakan meletakkan anggaran harga yang lebih rendah untuk pemain tersebut.
Dan mungkin perpindahan ini tak akan terlaksana jika PSG cuba untuk tawar menawar harga pemain tersebut.
Sancho juga dikatakan berminat untuk menyertai PSG yang menawarkan gaji luar biasa kepadanya.
🚨 PSG have offered Jadon Sancho an annual salary of €17M. 🤯💰
(Source: @Santi_J_FM) pic.twitter.com/4Rz5fdLaID
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 13, 2024
Rundingan Sancho ini tidak akan mempengaruhi rundingan Manuel Ugarte – menurut sumber yang sama. Kerana kedua duanya dianggap rundingan berasingan. Bermaksud, Sancho bukan pemain yang akan menjadi sebahagian daripada perpindahan Ugarte ke United.
PSG sebelum ini meletakkan harga €60 juta untuk Ugarte.
Apa susah sangat kan, tukar suka sama suka tak boleh ke?