PSG Mahukan Klopp

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp telah menjadi sasaran utama PSG bagi menjadi pengurus baharu mereka.

Laporan menyebut Klopp telah bercakap dengan pihak PSG dalam satu perbualan telefon yang berjam-jam lamanya.

Pengarah Sukan PSG, Leonardo sudah lama meminati corak pengurusan Klopp dan mahukan pengurus itu datang ke kota Paris.

Leonardo membentangkan projek yang dirancang oleh mereka bersama Klopp jika pengendali dari Jerman itu sanggup datang ke sana.

PSG memiliki ramai bintang bertaraf dunia serta pemain-pemain muda yang sangat berbakat. Mereka yakin Jurgen Klopp akan menjadi watak penting dalam meyakinkan bintang seperti Neymar, akan terus setia bersama PSG.

Seterusnya menaikkan lagi prestasi ramai pemain muda berbakat di dalam pasukan mereka, seperti mana yang dilakukan Klopp ketika bersama Borussia Dortmund dan Liverpool.

PSG menyenaraikan Klopp sebagai calon pengganti utama jika Thomas Tuchel gagal memberikan impak beliau pada musim ini.

Tuchel terus gagal memberikan PSG kejuaraan UCL pertama seperti mana pengurus lain sebelum ini meskipun menerima dana perpindahan yang sangat tinggi.

PSG mendengar kontrak Jurgen Klopp sudah memasuki tahun akhir. Namun malang sekali Klopp menolak tawaran PSG itu dan menyatakan beliau mahu kekal bersama dengan Liverpool.

Klopp melanjutkan kontrak baharu beliau di Anfield untuk 5 tahun lagi. Klopp akan menerima kontrak baharu sehingga 2024.

Selepas gagal mendapatkan Klopp, PSG dikatakan telah menghubungi Max Allegri untuk tawaran menjadi pengurus mereka.

Tuchel kini di dalam tekanan selepas beberapa aksi goyah PSG. Mereka juga kerap bergelut di dalam liga domestik berhadapan dengan pasukan yang tidak memiliki bintang dunia seperti mereka.

Klopp jelas sekali gembira untuk kekal di Liverpool. Beliau merasakan semangat bekerjasama di Anfield sangat kuat di kalangan para pegawai dan kejurulatihan.

Jurgen Klopp berkata: “Kelab ini memang tempat yang sangat bagus. Saya tak terfikir untuk pergi.”

“Secara peribadi, apabila saya melihat peningkatan di kelab ini dan kerjassama semua pihak yang beterusan, saya dapat merasakan sumbangan saya semakin menyinar.”

“Orang melihat apa yang berlaku di atas padang sebagai ukuran kepada peningkatan kita.”

https://twitter.com/dailystarpost1/status/1210994653367078912

“Saya juga dapat melihat komitmen daripada pemilik dari sudut aspek dan fungsi kelab ini.”

Sejak menyertai Liverpool, Jurgen Klopp telah membantu Liverpool mara ke 3 final Eropah. 2 final pertama menyaksikan Liverpool tewas di pentas Europa dan UCL.

Namun Liverpool datang lagi pada final ke-3 Eropah mereka di bawah Jurgen Klopp dan memenangi Liga Juara Juara Eropah 2018/19.

Kemudian pada musim ini Liverpool melengkapkan continental treble mereka dengan menjulang Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab yang berlangsung di Qatar.

Di atas carta Liga Perdana Inggeris, Liverpool kini 13 mata di atas puncak liga dengan baki 1 perlawanan dalam tangan.