PSG Mahukan Mourinho Ganti Pochettino Kerana Mahu Julang UCL

Gergasi Perancis, PSG dilaporkan mempertimbangkan untuk memancing pengurus Roma, Jose Mourinho sebagai pengganti Mauricio Pochettino.

Masa depan Pochettino di Parc des Princes berada dalam bahaya. Jurulatih asal Argentina itu dilaporkan akan dipecat dalam masa terdekat.

Pochettino berjaya membawa Les Parisiens merangkul kejuaraan Ligue 1 pada musim 2021/22. Mereka juga memenangi Piala Perancis.

Walaubagaimanapun, pencapaian ini dianggap belum cukup memuaskan bagi pengurusan PSG. Ini kerana PSG menjadikan UCL sebagai sasaran utama mereka. Lebih lebih lagi PSG melabur wang yang besar pada Lionel Messi.

Messi dibawa masuk musim ini ke PSG selepas terpaksa dilepaskan oleh Barcelona.

Selain Messi, nama nama seperti Donnarumma, Gini Wijnaldum dan Sergio Ramos turut memperkuat PSG.

Malangnya, hasil yang dikehendaki oleh PSG masih tidak kesampaian. Nasser Al Khelaifi sebelum ini tidak teragak agak memecat pengurus yang gagal memenangi UCL walaupun mereka menjuarai Ligue 1.

Ini kerana PSG merasakan Ligue 1 adalah perkara yang biasa dalam sasaran mereka. Berdasarkan jurang kekayaan pasukan mereka berbanding pencabar pencabar yang lain.

Setakat ini terdapat beberapa nama yang dikhabarkan bakal menjadi calon pengganti Mauricio Pochettino di PSG. Salah seorang daripada mereka ialah Jose Mourinho.

Menurut laporan Daily Mail, Mourinho benar-benar salah satu daripada calon yang dipertimbangkan PSG.

Gergasi Perancis itu menilai pengurus Portugis itu sesuai dengan keperluan mereka. Lebih lebih lagi rekod Mourinho di Eropah sangat luar biasa.

Baru baru ini dia membantu AS Roma menjuarai Liga Persidangan Eropah. Menjadi pengurus pertama memenangi 3 piala eropah di peringkat kelab iaitu UCL, UEL dan UECL.

PSG mahukan jurulatih yang boleh memberi mereka peluang besar untuk memenangi Liga Juara-Juara. Mourinho sebelum ini pernah memenangi Big Ear sebanyak dua kali.

Jose Mourinho sendiri dilantik sebagai jurulatih AS Roma pada permulaan musim 2021/22. Pengurus yang sudah pun berrusia 59 tahun itu terikat dengan kontrak sehingga 2024.

Sebelum ini memang sudah terdapat desas desus bahawa Pochettino akan dipecat. Lebih lebih lagi pada pertengahan musim lalu Pochettino mengejutkan PSG apabila dia dikatakan mahu keluar menyertai Manchester United.

Pochettino dikatakan tidak gembira dengan peranannya di PSG yang ibarat boneka. Dia tiada kuasa besar sebagai pengurus. Dan pada masa yang sama terpaksa berdepan dengan ego bintang bintang PSG yang sangat tinggi.

Malangnya, Manchester United ketika itu hanya mahu mencari interim. Pochettino pula mahukan jawatan tetap.

PSG kemudian memutuskan untuk tidak mahu melepaskan pengurus itu kerana mereka gagal meyakinan Zinedine Zidane menyertai mereka.

Sebelum ini Mourinho pernah mengisi jawatan di Spurs selepas pemergian Pochettino. Adakah Mourinho akan mengisi tempat yang ditinggalkan Pochettino sekali lagi?

Pochettino dan Leonardo merupakan 2 nama yang hangat diperkatakan bakal dipecat.

Luis Campos merupakan pengganti kepada Leonardo sebagai pengarah Sukan. Kylian Mbappe merupakan antara pemain yang tidak suka dengan Leonardo.

Luis Campos merupakan pilihan Kylian Mbappe. Di mana Campos merupakan pakar pemantau bakat yang menemui bakat Mbappe dan ramai lagi bintang masa depan di AS Monaco satu ketika dahulu.

Campos malah sudah diberikan peluang bersuara tentang perancangan PSG pada musim baharu. Di mana Campos menentang idea untuk mendapatkan Dembele. Dan ianya dikatakan menjadi sebab kenapa rundingan mendapatkan Dembele dihentikan serta merta.

Campos dikenali dengan sikapnya yang tegas di dalam tugasannya. Dia merupakan pakar dalam jual beli pemain.

Baca yang lain