PSG Mahukan Osimhen Ganti Mbappe

PSG dikatakan sudah mengenalpasti beberapa calon pemain untuk menggantikan Kylian Mbappe di kelab itu.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa, PSG dan Mbappe sudah memutuskan untuk berpisah.

Pemain itu tidak akan melanjutkan kontrak di kelab itu. Kini PSG dan Mbappe masih mencari kesepakatan agar PSG mendapat sedikit wang daripada pemergian Mbappe.

Hal ini kerana Mbappe masih ada kontrak 1 tahun khas. Namun kontrak itu tidak wajib. Kerana yang wajib adalah 2 tahun.

Mbappe berhak pergi secara percuma, namun PSG sebelum ini menyatakan Mbappe tak akan pergi begitu sahaja.

Apapun, segalanya terserah kepada Mbappe pada ketika ini. Kerana dia ada kuasa untuk pergi secara percuma akhir musim ini.

PSG menjadikan Victor Osimhen sebagai sasaran utama untuk menggantikan Kylian Mbappe.

Sebelum ini PSG memang sudah cuba membeli penyerang sensasi, Victor Osimhen ketika konflik antara Mbappe dan Nasser Al Khelaifi berlaku.

Di mana ketika itu Mbappe mengesahkan dia tak akan kekal selepas tamat musim ini. Nasser meminta Mbappe menerima perpindahan ke kelab lain. Dengan tawaran dari Arab Saudi mencecah €300 juta diterima oleh PSG.

Pemain itu menyatakan dia masih mahu bermain di UCL. Mbappe kemudian dibekukan daripada pasukan utama. Dengan PSG menunggu tawaran daripada Real Madrid.

Madrid jelas tidak panik kerana mereka yakin Mbappe akan datang secara percuma ke kelab itu musim akan datang.

Ketika itu PSG sudah mula cuba mendapat Osimhen. Namun Napoli menolak tawaran €150 juta untuk pemain itu. Laurentiis menyatakan bahawa harga ditawarkan PSG itu cukup untuk beli sebelah kaki Osimhen sahaja.

Osimhen kemudian melanjutkan kontrak baharu bersama Napoli. Jadi kini harga pemain itu pastinya sangat mahal.

Namun PSG boleh memujuk agar pemain itu mendesak perpindahan tersebut. Dengan menjanjikan dia sebagai bintang utama di Paris.

Buat masa ini, Napoli tidak berminat untuk mendengar sebarang tawaran untuk Osimhen.

Selain itu PSG juga berdepan banyak persaingan termasuk dari Chelsea dan Arsenal yang turut dikaitkan dengan pemain asal Nigeria itu.

Osimhen antara penyerang terbaik di dunia pada ketika ini.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.