Kylian Mbappe masih menanti gaji dan bonusnya yang masih belum dibayar penuh sejak bulan 2 lagi.
Untuk gaji Mbappe dilaporkan PSG masih ada tunggakan gaji sejak April lalu. Mbappe sudah menyuruh pasukan guaman dan ejennya menuntut bayaran tersebut.
Biasalah, berpindah tempat baru kan, nak buat deposit rumah sewa bagai/
Bagi bonus pula, tarikh akhir pembayaran sepatutnya pada Februari lalu sebagai bonus kesetiaan yang Mbappe dapat kerana kekal di PSG untuk tahun kedua selepas dia menandatangani kontrak baharu pada 2022 yang lalu.
PSG mempertahankan sebab kenapa mereka tidak mahu membayar. Kerana menurut mereka yang patut membayar bonus itu adalah Real Madrid. Kerana Nasser Al Khelaifi mendedahkan bahawa Real Madrid ada unsur unsur tapping up ketika Perez tahun lalu secara terbuka menyatakan Mbappe akan ke Bernabeu.
Seterusnya Nasser Al Khelaifi menuduh Mbappe dan ejennya melakukan manipulasi ke atas kontrak mereka. Sengaja tidak melanjutkan kontrak untuk tahun ketiga yang membuatkan kelab kerugian besar.
PSG perlu membayar bonus kesetiaan bernilai sekitar €80 juta kepada Mbappe.
L’Equipe melaporkan bahawa kedua dua pihak yakin mereka berada di pihak yang benar dan tak bersalah.
Nasser Al Khelaifi menyatakan bahawa Mbappe menipunya. Kerana sebelum ini Mbappe pernah berjanji tak akan sesekali meninggalkan kelab itu secara percuma.
Jika keadaan ini berterusan, kes ini akan dibawa ke jawatankuasa perundangan Ligue 1 untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Mbappe benar benar sedia mengheret bekas kelab kesayangannya itu ke MFL cawangan Perancis atau Ligue 1.
Mbappe kini rasmi menjadi pemain Real Madrid. Dengan dia menyatakan bahawa dia teruja apabila impiannya menjadi kenyataan menyertai kelab idamannya sejak kecil lagi.
PSG berputih mata gagal menjual Mbappe dengan nilai sepatutnya mereka dapat. Sebelum ini mereka juga terlepas Lionel Messi secara percuma.
Untuk Neymar, pemain itu sebelum ini dipaksa mencari kelab baharu. Ketika masa depan Mbappe tidak menentu, PSG mulai berharap Neymar akan kekal. Neymar pula meminta untuk dijual ke Arab Saudi dengan nilai perpindahan €90 juta.
Akhirnya projek yang ada Mbappe, Neymar dan Messi itu langsung tidak pernah memberikan mereka UCL sejak kali pertama kelab itu mendapatkan Neymar dengan nilai €222 juta dari Barcelona.