PSG Mati Kutu Lawan Arsenal Yang Dianggap Ujian Sebenar

Pengurus Paris St Germain (PSG), Luis Enrique menyatakan bahawa pasukannya mati kutu ketika menentang Arsenal. Ini kerana kualiti yang permainan fizikal Arsenal yang menurutnya sukar dilawan.

PSG tewas 2-0 di tangan Arsenal pada aksi kedua UCL. Skuad PSG tampil dengan dominan. Namun tidak berupaya dalam duel dengan pemain pemain Arsenal.

Lalu, Luis Enrique berkata: “Hari ini kami jauh daripada standard yang kau perlukan untuk perlawanan seperti ini. Arsenal adalah pasukan yang lebih baik dari segi pressure, intensiti, mereka memenangi setiap duel.

“Mustahil  untuk bermain dan mendapatkan keputusan positif apabila kamu langsung tidak memenangi sebarang duel di atas padang.

“Pertahanan mereka berjaya menjangka semua serangan kami, manakala pertahanan kami pula tidak dapat menjangka tindakan penyerang penyerang mereka.”

Luis Enrique tidak dapat memberikan penilaian pasukannya  pada ketika ini. Berbeza dengan Arsenal di bawah Arteta yang sudah memiliki pasukan lebih stabil.

Enrique berkata: “Mikel Arteta sudah 5 tahun di Arsenal. Saya pula baru 2 tahun dan 2  bulan. Jadi saya tak tahu tahap kami di mana sekarang. Saya ada idea yang jelas tentang cara bagaimana kami mahu bermain. Namun saya tak tahu berapa banyak masa yang saya ada di sini.”

“Saya tak tahu nak cakap di mana tahap pasukan kami pada hari ini. Tunggulah sampai akhir musim ini. Ini adalah pasukan lawan besar kami yang berada di tahap tertinggi,” kata Enrique menjelaskan bahawa di Ligue 1 bukan ukuran sebenar kualiti PSG.

“Dari minit pertama mereka menekan kami secara intensif,  dan saya dah jangka benda ini akan berlaku. Mereka juga sangat agresif,  dan kami tak dapat berdepan dengan tekanan yang mereka berikan.