PSG Pakai Jersi Tulisan Korea Kerana Pengaruh Lee Kang In

PSG akan kembali beraksi dalam Ligue 1 selepas mengikat Newcastle secara kontroversi sebelum ini dalam saingan UCL.

Namun kali ini PSG akan memakai jersi dengan nama bertulis abjad Korea. Perkara itu disahkan oleh kelab, ketika pasukan itu dalam rangka persiapan menentang Le Havre hari ini.

Kenapa PSG memakai tulisan Korea? Ianya sebagai penghargaan kepada rakyat Korea yang semakin ramai menyokong kelab itu.

Semuanya gara gara kehadiran Lee Kang In ke dalam skuad PSG. Pemain yang dibeli dengan nilai £20 juta dari RCD Mallorca

Dia telah membantu menaikkan populariti kelab itu di Korea Selatan sejak menyertai kelab gergasi Perancis itu.

Dalam kenyataan rasmi kelab, PSG berkata: “Sejak kedatangan Lee Kang In, PSG telah menyaksikan sendiri peningkatan mendadak penyokong dari negara Korea Selatan. Yang turut dibuktikan dengan pertambahan 20% penyokong dari Korea Selatan yang datang ke Parc Des Princes.”

“Kelab juga mendapat pertumbuhan dari segi pengikut dari Korea Selatan di X sebanyak lebih 22,000 dan kini sudah ada 35,000 pengikut di Naver.”

“Menjadikan PSG kelab ketiga paling diikuti di negara Korea Selatan.

PSG dengan itu mengeluarkan jersi unik itu dan akan menjualnya di gedung rasmi kelab.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan