PSG dilaporkan masih belum membayar gaji Kylian Mbappe sejak April dan bonus yang sepatutnya dibayar pada Februari lalu.
Bonus kesetiaan bernilai €80 juta teraktif pada kontrak Mbappe sebaik sahaja dia kekal di kelab itu pada 1 Julai 2023.
Dengan PSG beberapa bulan lalu berharap Mbappe tidak menuntut €80 juta lagi bonus kesetiaan yang sepatutnya dia dapat sebaik sahaja dia kekal di PSG pada musim 2023/24.
Nasser Al Khelaifi menagih janji Mbappe yang menyatakan dia tak akan meninggalkan kelab itu secara percuma. Janji itu sudah mustahil ditunaikan, namun PSG berharap Mbappe tidak menuntut bonus €80 juta tersebut.
Malangnya Mbappe tidak setuju dengan cadangan itu. Mbappe mahu menuntut bonus tersebut yang patut dia dapat pada Februari 2024.
Dengan peguam pemain itu sudah menghantar notis kepada kelab untuk segera membayar gaji pemain itu sejak April dan bonus kesetiaan €80 juta.
Bonus kesetiaan Mbappe ni sebenarnya aktif pada tahun kedua kontrak Mbappe yang dia lanjutkan sebelum ini. Dalam kontrak itu ada tempoh 2+1 tahun. Dua tahun wajib dan 1 tahun lanjutan berbentuk pilihan. Mbappe memutuskan tak mengaktifkan lanjutan itu.
PSG dikatakan tidak dapat menerima hakikat Mbappe menolak untuk kekal di PSG dan memilih Real Madrid. Walaupun tiada pengumuman rasmi lagi pemain itu menjadi milik Madrid.
Nasser Al Khelaifi masih lagi marah dengan Mbappe yang memutuskan untuk pergi secara percuma berbanding kekal setahun lagi sekurang kurangnya. Sebelum ini PSG pernah cuba memujuk Mbappe melanjutkan kontrak baharu yang membolehkan mereka meraih wang daripada penjualan pemain itu.
PSG malah pernah meminta Mbappe menerima perpindahan ke Arab Saudi apabila ada kelab menawarkan bayaran sangat tinggi untuk membeli pemain itu. Namun Mbappe menolaknya.
Dan pemain itu kini bergelar ejen bebas. Dia pergi secara percuma.
L’Equipe melaporkan bahawa, konflik antara Mbappe dan PSG membuatkan kelab itu bertangguh dalam membayar gaji pemain itu. Ianya adalah satu kesalahan untuk tidak membayar gaji pemain. Lebih lebih lagi Nasser Al Khelaifi merupakan Pengerusi Persatuan Kelab Kelab Eropah (ECA).
Al Khelaifi seringkali membidas Real Madrid yang menyokong Liga Super Eropah. Namun terpaksa melihat Mbappe menyertai kelab itu selepas ini.
Khelaifi malah memberikan amaran kepada Mbappe untuk tidak menyertai Real Madrid kerana tindakan itu bermaksud Mbappe menyokong penubuhan ESL.
Lebih tidak masuk akal PSG menyatakan kepada Mbappe bahawa, kelab hanya akan membayar gaji pemain itu dan tidak akan membayar bonus €80 juta tersebut.
PSG malah meminta Real Madrid pula membayar €80 juta bonus kesetiaan Mbappe di PSG itu kerana menurut mereka Real Madrid ada mengadakan rundingan pintu belakang mendapatkan pemain itu.
Florentino Perez sudah tentunya tidak mahu membayar bonus kesetiaan tersebut. Kerana ianya tiada kaitan dengan Real Madrid.
Kylian Mbappé’s move to Real Madrid could be complicated by the fact that PSG did not pay him his April salary or a bonus that was planned for February.
PSG wanted Real to pay the bonus of €80m, Florentino Pérez declined, and lawyers are now working to settle this. [@lequipe] pic.twitter.com/pR8wPbgxN9
— Zach Lowy (@ZachLowy) May 28, 2024
Beberapa bulan lalu Khelaifi membuat aduan kepada UEFA apabila menuduh Florentino Perez secara terang terangan melakukan tapping up ketika dia memberikan bayangan kepada wartawan bahawa Mbappe akan datang ke Madrid.
Mbappe masih belum mengumumkan destinasi beliau seterusnya. Dengan dia memberitahu Sky Itali bahawa dia tak menolak kemungkinan akan merumput di Serie A menyertai AC Milan yang dia sokong sejak dari kecil lagi.
“Bola sepak Itali, kamu tak akan pernah tahu. Jika saya pergi bermain di sana, saya akan bermain untuk Milan. Saya peminat tegar AC Milan. Saya menonton semua aksi Serie A melibatkan AC Milan ketika saya kecil,” tegas Mbappe.