PSG Tak Jadi Beli Ounahi Kerana Pemain Muda Ini

Sebelum ini PSG dilaporkan menjadi pasukan pilihan untuk menandatangani Azzedine Ounahi dari Angers SCO yang turut beraksi dalam Ligue 1.

Ounahi menjadi rebutan beberapa kelab lain selepas aksi cemerlangnya dalam Piala Dunia 2022 yang lalu.

Dia turut mendapat pujian daripada Luis Enrique yang menganggap Ounahi sebagai pemain luar biasa.

PSG sebelum ini pernah memburu N’golo Kante. Dan Ounahi dianggap pemain yang memiliki ciri ciri hampir sama. Tetapi jauh lebih muda.

Dia merupakan pemain muda yang beraksi untuk Angers. Namanya tidak dikenali sebelum ini walaupun dia sudah membuat beberapa penampilan untuk Maghribi sebelum Piala Dunia 2022 lagi.

Namanya meningkat mendadak kerana preetasi luar biasanya bergandingan bersama Amrabat di tengah ketika mewakili Maghribi dalam Piala Dunia 2022

Dia menjadi nadi penting negaranya dalam kempen terbaik mereka dalam sejarah Piala Dunia 2022. Mara sehingga ke separuh akhir.

Antara kelab, selain PSG yang sudah menyatakan minat untuk bercakap dengan Ounahi adalah Leeds dan Napoli.

Leeds United sedia membeli pemain itu dengan harga €25 juta. Mengatasi tawaran Napoli sekitar €20 juta untuk pemain itu.

Bukan itu sahaja, Ounahi turut menjadi pemain sasaran Leicester. Dianggap pemain ideal untuk kelab tersebut.

Ounahi baru sahaja bermain selama satu setengah musim bersama Angers SCO selepas menyertai kelab itu daripada pasukan divisyen ketiga Avranches.

Pemain kelahiran Casablanca itu sudah membuat 47 penampilan untuk kelabnya sejak perpindahan tersebut.

Angers kini berada di dasar liga selepas 9 kekalahan berturut turut.

Namun pemain itu dikatakan lebih berminat menyertai PSG.

Achraf Hakimi memainkan peranan penting di dalam perpindahan tersebut.

Hakimi merupakan rakan sepasukan Ounahi di dalam pasukan kebangsaan Maghribi.

Tetapi terdapat laporan terbaru oleh Fabrizio Romano yang menyatakan bahawa PSG sudah menukar idea mereka berkaitan perpindahan Ounahi.

Idea mendapatkan Ounahi dikatakan bercanggah dengan perancangan Luis Campos yang merupakan pengarah sukan PSG.

Luis Campos mahukan PSG lebih mempercayai bakat muda keluaran akademi mereka, jika ada pemain muda yang dianggap memiliki potensi besar mengisi sesuatu posisi.  Mereka akan diberikan keutamaan.

Buat masa kini PSG ada unit tengah yang cukup untuk menampung depth pasukan.

Dan nama yang dipercayai akan menjadi bintang baharu di bahagian tengah itu adalah Zaire-Emery.

Warren Zaire Emery merupakan pemain remaja Perancis berusia 16 tahun.

Dia menjadi bintang remaja untuk skuad pembangunan PSG. Dipercayai bakal menjadi pengganti Marco Verratti di masa akan datang.

Dengan ini nampaknya Azzedine Ounahi harus mencari kelab lain selain PSG jika dia mahu berpindah dari Angers pada bulan ini.

Baca yang lain