PSG dilaporkan menguatkan kembali minat mereka untuk mendapatkan Mohamed Salah. Kelab itu sebelum ini pernah menjadikan Mo Salah sebagai salah seorang sasaran mereka.
Dan kini PSG melihat peluang terbaik untuk mendapatkan penyerang sayap kanan itu dengan perpindahan secara percuma.
Mo Salah masih belum melanjutkan kontrak dengan Liverpool. Dia kini bebas berunding dengan mana mana pasukan lain kerana baki kontraknya tinggal kira kira enam bulan sahaja lagi.
Salah sebelum ini menyatakan bahawa situasi kontrak baharu di Liverpool masih ‘jauh’ daripada dimeterai. Dia beberapa kali menyatakan dia menunggu tawaran baharu tersebut.
Jadi, Liverpool berisiko kehilangan Mo Salah secara percuma jika pemain itu mencapai kesepakatan pra kontrak dengan kelab lain.
L’Équipe melaporkan bahawa PSG sudah ada berhubung dengan wakil Mo Salah. Dan pemain itu tidak menolak perpindahan ke Ligue 1. Namun PSG menafikan laporan itu. Kerana ianya dianggap melanggar polisi perpindahan kelab itu yang tidak mahu menggunakan perbincangan pintu belakang.
Penyerang 32 tahun itu berada dalam prestasi terbaiknya sekali lagi. Dia sudah menjaringkan 20 gol dan 17 assist dalam 26 penampilan dalam semua pertandingan setakat ini.
Dan Salah dikatakan mahu meminta kontrak mewah yang baharu selama 3 musim di Anfield.
Liverpool dikatakan keberatan memberikan lanjutan kontrak 3 tahun dengan gaji luar biasa kerana usia Mo Salah.
PSG pula sedia menawarkan kontrak yang dimahukan Mo Salah. Laporan di Perancis menyebut, kelab juara Perancis itu menawarkan €500 ribu seminggu kepada Mo Salah.
PSG turut sedia menawarkan bonus prestasi yang luar biasa kepada bintang Mesir itu.
PSG mahu menjadikan Mo Salah sebagai bintang utama kelab itu setelah mereka kehilangan Kylian Mbappe ke Real Madrid musim ini.
Selain daripada Mo Salah, Liverpool juga masih bergelut dengan kontrak Virgil Van Dijk dan Trent Alexander Arnold. Di mana kedua dua pemain itu turut belum melanjutkan kontrak mereka.
Van Dijk sudah menyatakan dia mahu kekal di Liverpool dan berharap kesepakatan kontrak baharu akan dicapai.
Sementara Trent Alexander Arnold dikaitkan dengan Real Madrid. Kelab Sepanyol itu malah sedia membayar €20 juta untuk mendapatkan pemain itu pada Januari ini.
Liverpool tidak berminat melepaskan pemain itu pertengahan musim. Namun Real Madrid sedia melancarkan bidaan kedua yang lebih tinggi.