PSG dikatakan sudah menghubungi Lionel Messi secara peribadi. Dan mereka menawarkan pakej rangsangan ekonomi kepada Messi dengan nilai tidak masuk akal.
L’Equipe melaporkan bahawa PSG sudah membentangkan tawaran yang bernilai €40 juta setahun kepada Messi. Gaji itu adalah selepas cukai.
Messi rasminya gagal memeterai kontrak dengan Barcelona. Ini selepas Barca berdepan dengan situasi kewangan yang jauh lebih teruk daripada disangkakan, kata presiden Joan Laporta.
Barcelona akan mengambil risiko sangat besar jika meneruskan usaha untuk mendesak Messi didaftarkan ke dalam pasukan selepas syarat baru oleh La Liga dalam FFP mereka.
Di mana menurut Laporta, perkara itu boleh menyebabkan kelab menanggung kesannya selama 50 tahun.
Laporta berkata: “Saya tidak boleh mengambil keputusan yang membuatkan kelab menanggung akibatnya selama 50 tahun.”
“Kelab ini sudah berusia lebih 100 tahun dan ianya lebih besar daripada sesiapa sahaja dan segalanya. Dan ianya malah lebih besar daripada pemain terbaik di dunia. Kami akan sentiasa berterima kasih ke atas beliau di atas segala yang beliau telah lakukan untuk kami.”
“Dalam usaha menyokong prinsip fair play, kami harus mengambil langkah ini atau mengambil keputusan yang meletakkan kelab dalam risiko. Kami tidak boleh meneruskannya dan keputusan harus dibuat, dan kami sudah memutuskannya.”
“Leo nak terus kekal di sini, jadi dia tidak gembira dengan apa yang berlaku. Kami semua di sini pun mahukan dia terus kekal. Untuk Messi, dia harus berdepan realiti. Iaitu realiti yang tak boleh diubah dan dia faham akan perkara itu. Saya doakan yang terbaik untuknya, walau ke mana sahaja dia pergi.”
“Legasi Leo adalah luar biasa. Dia mencipta sejarah. Dia pemain yang paling berjaya dalam sejarah kelab ini. Dia menjadi rujukan pada eranya di mana ianya sangat hebat.”
“Ini adalah era terbaik di dalam sejarah Barca setakat ini. Era baru bermula sekarang. Ianya akan ada sebelum dan selepas era Leo.”
Joan Laporta: “Negotiations with Leo Messi have ENDED. We can’t register Messi because of La Liga rules, they’re not flexible with us on salary limit. We had an agreement with Leo but we can’t register him.
Leo will now look at OTHER OPTIONS, we had a deadline”. 🚨 #Messi #FCB pic.twitter.com/jvYtkVjOej
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 6, 2021
“Kami tak ada enam bulan untuk menyelesaikan semua ini. Kami ada masa yang lebih singkat kerana audit kewangan baru keluar. Angka sebenar membuatkan kami menyedari bahawa situasi ini jauh lebih teruk.”
“Daripada buruk menjadi sangat teruk.”
“Tawaran pertama kami adalah 2 tahun dengan gaji dibayar lima kali dalam tempoh tu. Ketika kami merasakan FFP akan membenarkannya, tiba tiba kriteria baru kewangan keluar. Di sini kami tidak dibenarkan melakukannya. La Liga mendapat tekanan daripada kelab lain agar semua kelab termasuk Barca mengikuti peraturan.”
Barça president Laporta: “We’ve shaken our hands with Leo Messi. The new contract was DONE. Two years salary but paid until 2026.
It was 100% AGREED, we had to SIGN yesterday. But then La Liga rules and reality came, I told to Jorge Messi yesterday… a cold shower”. 🚨🇦🇷 #Messi pic.twitter.com/GboJGBacBs
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 6, 2021
Messi sebelum ini sudah menerima panggilan daripada PSG. Namun ketika itu dia menolak tawaran daripada kelab Paris itu kerana hanya mahu kekal bersama dengan Barcelona.
PSG mahukan Messi
Kini Messi mendapat tawaran sekali lagi daripada PSG. Manchester City adalah satu lagi kelab yang dikaitkan denegan Messi, namun Pep Guardiola sudah mengesahkan bahawa Messi sudah tiada dalam radar mereka lagi selepas mendapatkan Jack Grealish.
[🏅] Pep Guardiola on signing Messi: "Right now it's not in our thoughts. Absolutely not." pic.twitter.com/9gBwEPMUOd
— City Scoop (@cityscoop_) August 6, 2021
Dengan tawaran sebesar €40 juta setahun, ianya akan membolehan pemenang enam kali Ballon d’Or itu mendapat €769,000 seminggu.
Kontrak ditawarkan adalah selama 3 tahun bersamaan dengan keseluruhan €120 juta. Tiada bonus prestasi dimasukkan. Maknanya, Messi akan terus dapat angka besar itu walaupun dia cuma duduk di bench sepanjang musim sekalipun.
Dan sudah pastinya, bonus kemenangan akan ada dalam kontrak jika memenangi piala. Angka itu dilihat tidak penting sangat buat Messi yang sudah menerima gaji yang sangat besar.
Rakan baiknya Neymar juga dikatakan sedia untuk mengosongkan jersi nombor 10 untuk digunakan Lionel Messi jika dia mahukan jersi itu.
Namun laporan sama menyatakan Messi buat masa ini tidak terfikir untuk mengambil jersi itu daripada Neymar, jika dia menyertai mereka. Dan dia mungkin akan memakai jersi 19 yang menjadi jersi pertamanya ketika mewakili Argentina sewaktu dia masih muda dulu. Itu juga jersi kedua Messi di Barca sebelum mewarisi no.10 yang ditinggalkan Ronaldinho.
Messi merupakan seorang lagi bintang ejen bebas yang dalam sasaran PSG selepas Sergio Ramos, Gianluigi Donnarumma dan Gini Wijnaldum. Kesemua mereka kalau dicampur hanyalah berharga RM0.00.
PSG hanya membelanjaka £54 untuk Achraf Hakimi.
Macam biasa, jom kira pecahan gaji Messi jika menerima tawaran ini.
Setahun Messi dapat: €40 juta
Sebulan Messi dapat: €3.33 juta
Seminggu Messi dapat: €769,231
Sehari Messi dapat: €153,846.15
Sejam Messi dapat: €19,230.77
Seminit Messi dapat: €320.51
Sesaat Messi dapat: €5.34
Ini adalah kadar dalam Ringgit Malaysia:
Setahun Messi dapat: RM198,509,012.80 (RM198.5 juta)
Sebulan Messi dapat: RM16,542,418 (RM16.54 juta)
Seminggu Messi dapat: RM3,817,481 (RM3.82 juta)
Sehari Messi dapat: RM763,496.20
Sejam Messi dapat: RM9,5437.03
Seminit Messi dapat: RM1,590.61
Sesaat Messi dapat: RM26.51 sen
Ini bermakna, kalau Messi sedang duduk menunggu isterinya sediakan maggie dalam masa 2 minit pada hari itu dia sudah menjana RM3,181.00. Sangat jauh bezanya dengan gaji bulanan orang yang sedang menulis artikel ini.
Dan jika Messi sedang menonton anime selama 3 jam, dia sudah mendapat RM286,311.09.
Menurut kajian, secara purata, manusia termenung adalah 12 saat. Namun era adanya telefon pintar, kadar itu menurun kepada 8 saat secara purata.
Jadi, setiap kali Messi termenung dia akan mendapat RM212.08. Kita kalau termenung kat pejabat dan kantoi pun silap silap mendapat makian daripada bos.
Messi sebelum ini mendapat gaji yang sangat besar di Barcelona. Tawaran PSG juga agak tinggi untuk pemain sudah berusia 34 tahun. Namun mereka mengambil kira dia adalah ejen bebas dan tak perlu bayar yuran perpindahan.
BACA JUGA: TERKINI: Kontrak Messi Bernilai €555.2 Juta (RM2.73B), Bonus €77.9 Juta (RM382J)
El Mundo mendedahkan jumlah bayaran diterima Messi untuk kontrak yang ditandatangainya pada 2017 – berdurasi 4 tahun yang akan berakhir pada Jun ini.
Secara keseluruhan, Messi menerima €555,237,619 selama 4 tahun di Barcelona. Itu bersamaan dengan sekitar RM2.73 billion.
Setiap musim kapten legenda Barcelona, Lionel Messi menerima €138 juta daripada gaji tetap dan bonus lain.
Manakala €115 juta adalah bayaran yang diterima Messi sebaik sahaja beliau menurunkan tandatangan ke atas kertas kontraknya pada 2017 sebagai bonus pembaharuan kontrak.
Secara relevannya, Barcelona tidak perlu membeli pemain lain dan hanya perlu membayar €115 juta terus kepada Messi dan agensinya.
Messi sebelum ini mahu pergi meninggalkan Barcelona. Dan jika itu berlaku Barcelona boleh menjimatkan sekitar €78 juta untuk bonus kesetiaan.
Bonus ini hanya akan keluar jika Messi menghabiskan kontraknya di Barcelona. Ini bermakna pada Jun ini, Messi akan menerima bonus kesetiaan bernilai €77,929,955.
El Mundo today, what a bomb. Leo Messi’s contract with Barcelona revealed on front page 🔴👇🏻 @elmundoes
– €555,237,619 contract [4 years].
– €138m per season fixed + variables.
– €115,225,000 as ‘renewal fee’ just for accepting the contract.
– €77,929,955 loyalty bonus. pic.twitter.com/FK3I34hJta
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 31, 2021
Jadi secara terkumpulnya, sehingga Jun ini Leo Messi akan menerima wang terkumpul sebanyak €555,237,619. Angka itu akan kurang sedikit pada gaji beliau kerana Messi menerima pemotongan gaji. Namun di Barcelona pemotongan gaji hanya dapat dilaksanakan pada November. Berdasarkan gaji Messi yang sangat tinggi, rasa tak luak sangat pun kan?
Lionel Messi's four-year contract that he signed in 2017 will pay him €555,237,619 total by the time it ends in June, per @elmundoes
WILD 😳 @brfootball pic.twitter.com/oyGyd1TkPq
— Bleacher Report (@BleacherReport) January 31, 2021
Pendedahan ini menjadikan Lionel Messi sebagai pemain dengan kontrak paling tinggi dalam sejarah bola sepak.
Messi sememenangnya legenda Barcelona yang sangat berpengaruh. Di mana purata 70% daripada penjualan jersi Barca setiap musim adalah dicetak nama Messi.
Kedudukan kewangan Barcelona ketika ini sangat kritikal. Dan mereka tidak dapat membayar gaji Messi untuk Januari pada musim ini.
Barca malah diancam muflis dengan bebanan hutang kasar yang lebih €1.2 billion.
Koresponden sukan terkemuka Guillem Balague menepis dakwaan yang mengaitkan Messi sebagai punca kenapa Barcelona berisiko muflis. Sebaliknya berpendapat, ianya berlaku kerana pengurusan yang teruk.
Barcelona are not on the verge of bankruptcy due to Messi's salary. They are on the verge of bankruptcy because of bad management.
— @GuillemBalague pic.twitter.com/GBObQtL79e
— Barça Universal (@BarcaUniversal) January 31, 2021
Barcelona berbelanja sehingga tak ingat dunia dalam membeli pemain dalam beberapa musim kebelakangan ini. Dan beberapa nama besar itu gagal memberikan impak lebih baik di atas padang.
Messi sudah menjaringkan gol yang sangat banyak untuk Barcelona sejak menyertai mereka.
Leo #Messi, ≥ 15 goals in the last 15 seasons 🐐
1️⃣7️⃣ in 06/07
1️⃣6️⃣ in 07/08
3️⃣8️⃣ in 08/09
4️⃣7️⃣ in 09/10
5️⃣3️⃣ in 10/11
7️⃣3️⃣ in 11/12
6️⃣0️⃣ in 12/13
4️⃣1️⃣ in 13/14
5️⃣8️⃣ in 14/15
4️⃣1️⃣ in 15/16
5️⃣4️⃣ in 16/17
4️⃣5️⃣ in 17/18
5️⃣1️⃣ in 18/19
3️⃣1️⃣ in 19/20
1️⃣5️⃣ in 20/21 … and counting. pic.twitter.com/eQuev5KEWA— FC Barcelona (@FCBarcelona) January 28, 2021
Pada Disember lalu Messi memecahkan rekod Pele sebagai pemain paling banyak menjaringkan gol untuk satu kelab.
If you want to beat Leo Messi's goal scoring record in one club (644 goals), you have to join a club at 18 and score 43 goals each season until your are 33.
Alien. 👽🐐 pic.twitter.com/gZjLMSEJDq
— Football Tweet (@Football__Tweet) December 31, 2020
Ayuh mulakan sedikit kira kira:
4 tahun Messi dapat €555.2 juta
Setahun Messi dapat €138.8 juta
Sebulan Messi dapat €11.56 juta
Seminggu Messi dapat €2.89 juta
Sehari Messi dapat €532.9k
Sejam Messi dapat €66.73k
Seminit Messi dapat €11,12K
Sesaat Messi dapat €185.2
Ataupun tukaran kepada Ringgit Malaysia
4 tahun Messi dapat RM2.73 billion
Setahun Messi dapat RM681 juta
Sebulan Messi dapat RM56.75 juta
Seminggu Messi dapat RM13.10 juta
Sehari Messi dapat RM2.6 juta
Sejam Messi dapat RM43.3k
Seminit Messi dapat RM7,216.20
Sesaat Messi dapat RM120.25
Purata manusia bernafas dalam seminit adalah 12 hembusan nafas. Jadi untuk setiap kali Messi menarik dan menghembus nafasnya dia mendapat RM601.
Jika kita termenung selama seminit kerana membaca pendapatan luar biasa Messi, dan pada masa yang sama, jika Messi ketika ini pun sedang termenung seminit di bilik mandi, Messi sudah menjana RM7,216.20.
Dari atas ke bawah, kita membaca artikel ini dalam masa 5 minit. Bermakna, jika anda adalah Lionel Messi, anda baru sahaja menjana RM28,864 – untuk kadar gajinya di Barca.