PSG Ubah Jadual Mengejut, Messi Sudah Dalam Flight

Peminat PSG baru baru ini melancarkan protes yang rancak di depan pejabat Nasser Al Khelaifi dan menggelarkan Messi sebagai anak perempuan murahan.

Ianya selepas pemain itu didakwa sengaja buat hal dan ponteng latihan kerana tidak mahu bermain untuk PSG lagi.

Peminat PSG menganggap Messi tidak berdisiplin dan tak profesional. Dan melaungkan protes anti Messi.

Kelab turut mengumumkan hukuman penggantungan dua minggu ke atas Messi. Dan pemain itu akan diarahkan berlatih pada sesi berasingan daripada pasukan utama.

Berita itu benar benar membuatkan peminat marah. Messi dan PSG dikatakan telah menamatkan sebarang usaha untuk berunding pada saat akhir bagi kontrak baharu.

Kerana ternyata Messi benar benar mahu pergi.

Messi telah terbang ke Arab Saudi dan tidak hadir latihan pada Isnin.

Namun Fabrizio Romano mendedahkan. PSG telah menukar jadual latihan mereka kepada Isinin. Selepas aksi Ahad.

Messi ketika itu sudah berada di dalam kapal terbang dan sedia untuk berlepas ke Arab Saudi ketika dia dimaklumkan bahawa ada latihan pada hari itu.

Fabrizio Romano menegaskan amat mustahil untuk Messi membatalkan perjalanannya ke Arab Saudi kali ini memandangkan dia sudah berada dalam pesawat.

Bukan itu sahaja, sebelum ini sudah 2 kali Messi membatalkan penerbangan beliau ke Arab Saudi kerana PSG.

Ada yang menyatakan bahawa Messi pergi ke Arab Saudi kali ini bukan sekadar bercuti bersama keluarga. Sebaliknya turut bertemu dengan wakil sebuah kelab di sana yang mahukan khidmatnya.

Al Hilal dilaporan sedia membayar Messi lebih €400 juta semusim bermain untuk mereka.

Gaji itu dua kali ganda daripada gaji yang diperolehi oleh Cristiano Ronaldo bersama Al Nassr ketika ini.

Namun setakat ini Messi masih belum memutuskan kelab yang dia akan sertai musim depan sebagai ejen bebas. Apa yang pasti PSG sudah tidak lagi berada dalam senarai pertimbangan.

Barcelona dan Inter Miami turut dianggap antara kelab yang berpotensi menjadi destinasi Messi seterusnya.

Kepulangan semula ke Nou Camp pastinya ibadat mimpi indah buat Messi dan peminat Barca.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa