Perbadanan Stadium Malaysia akhirnya meminta maaf dan mengakui tidak cukup masa untuk menyiapkan padang agar dalam keadaan terbaik untuk menganjurkan aksi final Piala Malaysia 2023 di antara JDT dan Terengganu.
Sejak minggu lalu, netizen telah membincangkan keadaan padang terutama sekali selepas konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil.
TMJ antara tokoh yang lantang bersuara mengkritik keadaan padang dan pengurusannya. Ini kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab mendermakan rumput zeon zoysia untuk ditanam di Bukit Jalil menggantikan cowgrass.
Warganet menuduh PSM jenis tak berterima kasih dan tidak reti jaga benda yang orang dah bagi.
Namun PSM beberapa minggu lalu menyatakan bahawa yakin mereka akan memastikan padang SNBJ akan bersedia untuk menganjurkan final Piala Malaysia 2023.
Kini kisahnya berbeza. Kira kira 24 jam sebelum sepak mula PSM tampil dengan kenyataan media. Mereka menegaskan bahawa PSM tak cukup masa untuk membakiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay.
Berikut kenyataan media mereka:
PERBADANAN STADIUM MALAYSIA MOHON MAAF BERHUBUNG KONDISI PADANG STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada Malaysian Football League (MFL) selaku penganjur Piala Malaysia 2023 dan semua para peminat sukan bola sepak negara, terutamanya pasukan Johor Darul Ta’zim F.C, Terengganu FC serta semua penyokong kedua-dua pasukan atas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan bagi berdepan dengan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 yang bakal berlangsung pada 8 Disember 2023.
PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas Konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November 2023 yang lalu. PSM komited melakukan penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengurusan acara-acara di SNBJ pada masa hadapan.
Peminat bola sepak Malaysia jelas kecewa dengan kenyataan tersebut. Ini kerana mereka mengharapkan PSM lebih baik dalam perkara ini. Antara menganalisis kemungkinan padang tak boleh disiapkan selepas konsert Coldplay dan mencadangkan venue lain.
Kini segalanya sudah terlambat.
Patot before konsert Coldplay tuu bagi tahu awal2 lah cakap tak sempat utk repair. Ni besok game, hari ni baru nak cakap tak cukup masa nak repair !
Ingat minta maaf hari ni, semua settle terus ke ? Binawe betuii…
Letak jawatan jelaa Pengerusi PSM tuu.
— Kai 🇲🇾 (@khairulayams) December 7, 2023