PSSI hari ini tampil memberikan penjelasan situasi pemain Elkan Baggot yang tidak dibenarkan beraksi kerana penuh menjalani kuarantin wajib 10 hari.
Elkan kelmarin berlepas dari England ke Singapura. Di mana di dalam pesawat yang beliau naiki ada seorang penumpang yang disyaki positif wabak.
Elkan sudah menjalani saringan kesihatan yang diwajibkan oleh AFF kepada mana-mana pegawai dan pemain yang beraksi di dalam pertandingan kali ini. Dan Elkan disahkan negatif.
Namun berlaku kekeliruan di kalangan peminat Indonesia yang menuduh Elkan dilarang beraksi oleh AFF. Laman Facebook, Twitter dan Instagram rasmi AFF diserang teruk oleh peminat dari Indonesia yang menuduh AFF sebagai mafia dan berat sebelah ke atas Vietnam.
Malah ada yang berteori konspirasi bahawa setiap kali ada aksi melibatkan pasukan Vietnam, maka akan ada pemain dari lawan mereka yang diarahkan kuarantin. Sebelum ini ada empat pemain Malaysia yang diarahkan kuarantin.
Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia PSSI hari ini menyatakan bahawa Elkan bukan dilarang beraksi oleh AFF. Di pihak AFF, Elkan tidak ada masalah untuk beraksi dan sudah melepasi saringan kesihatan mereka ataupun swab test.
Namun dia tidak dibenarkan keluar daripada tempat dia dikuarantin atas arahan kerajaan. Penganjur AFF adalah tertakluk kepada kuasa kementerian kesihatan Singapura dalam isu protokol kesihatan.
Apabila kementerian kesihatan Singapura mengeluarkan arahan maka arahan itu adalah di atas segala arahan AFF.
PSSI kemudian berharap perkara ini dapat diselesaikan dan dibantu oleh jawatankuasa ataupun panitia Piala AFF dan Persekutuan Bolasepak Singapura.
“Ini kerana kedatangan Elkan ke Singapura juga adalah bagi mewakili pasukan kebangsaan Indonesia untuk menyertai kejayaan Piala AFF, di mana Singapura menjadi tuan rumah, ” kata Setiausaha Agung PSSI Yunus Nusi.
Selain itu Elkan sebelum ini berada dalam gelembung sukan di England.
Yunus berkata, terdapat beberapa perkara yang boleh menggunakan budi bicara oleh kerajaan Singapura atas dasar Piala AFF.
“Kami harap begitulah, ada budi bicara untuk Elkan Baggott dalam hal ini,” katanya lagi.
Yunus meminta semua pihak menunggu perkembangan sebelum perlawanan. Beliau berharap ada berita gembira buat pasukan kebangsaan Indonesia berhubung Elkan.
Sebelum ini, kerajaan Singapura melalui Kementerian Kesihatan menghantar surat kepada Elkan meminta pemain itu dikuarantin sehingga 18 Disember ini.
Yunus berkata PSSI memahami kebimbangan kerajaan Singapura berhubung pengendalian Covid-19 di negara jiran itu.
Singapura sangat tegas dalam mencegah perlindungan Covid-19. Jika seorang dalam pesawat yang tiba ke negara mereka dikesan positif Covid-19, maka semua penumpang dalam pesawat itu mesti menjalani kuarantin.
Lebih-lebih lagi dengan penyebaran varian Omicron baharu.
“PSSI memahami perhatian kerajaan Singapura terhadap protokol kesihatan yang kini sangat ketat oleh kerajaan Singapura,” katanya.
PSSI, kata Yunus, mengekalkan komunikasi dengan kedutaan Indonesia di Singapura. PSSI berharap Duta Besar Indonesia ke Singapura dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pasukan kebangsaan Indonesia.
Duta Besar Indonesia ke Singapura iaitu Suryopratomo adalah bekas wartawan yang berkhidmat selama beberapa dekad membuat liputan bola sepak.
Peranan beliau diharap dapat membantu pasukan kebangsaan Indonesia mencari penyelesaian terbaik berhubung Elkan.
Elkan merupakan pemain yang beraksi di Liga Inggeris bersama dengan Ipswich Town. Dia menunggu pelepasan daripada kelabnya untuk menyertai Indonesia dalam piala AFF Suzuki.