PSSI Perlekeh Shin Tae-yong: ‘Kami Bos, Kau Pekerja Dibayar Gaji, Maka Ikut Saja Dong”

Nampaknya komen terbaru oleh ketua jurulatih bola sepak pasukan Indonesia iaitu Shin Tae-yong baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan tertinggi Persatuan sepak bola seluruh Indonesia (PSSI).

Jurulatih dari Korea Selatan, Shin Tae-yong secara terbuka mengkritik Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) yang disifatkannya telah memberikan tugasan dan sasaran tidak realistik ataupun tidak masuk akal.

Bekas Jurulatih Piala Dunia Korea Selatan di kejohanan Piala Dunia 2018 itu melemparkan kritikan tersebut di media Korea Selatan baru-baru ini.

PSSI makin menyimpang

Shin Tae-yong menjelaskan bahawa indeks pengukur prestasi (KPI) yang ditetapkan oleh PSSI tidak sama seperti yang termaktub di dalam kontrak yang dipersetujui kedua-dua pihak sebelum ini.

Bercakap kepada media Korea Selatan, JoongAng Ilbo, Shin Tae-yong berkata: “Sekarang ini semua rancangan awal yang telah disusun sudah tidak lagi sama seperti ketika saya baru tiba di sini. Dan saya sudah tidak tahan dengan keadaan ini.”

“Antaranya mereka [PSSI] mahu saya membawa skuad Bawah-19 Tahun Indonesia ke separuh akhir Kejohanan AFC di Uzbekistan.

“Selepas itu mereka memberikan sasaran untuk Indonesia muncul juara Piala AFF pada hujung tahun ini.”

“Dan pada tahun hadapan, mereka mahu saya memastikan pasukan Indonesia mara sekurang-kurangnya ke perlawanan akhir Piala Dunia B-20 yang dianjurkan oleh negara tersebut.”

Shin Tae-yong menganggap PSSI Mengkhianati Visi dan Misi mereka sendiri dengan menyimpang daripada sasaran dan program asal mereka.

“Lalu saya ingin bertanya kepada mereka [PSSI]. Adakah anda sedar kedudukan ranking FIFA Indonesia pada hari ini?”

“Lalu saya dijawab, ‘Di kedudukan ke-173,’ oleh salah seorang daripada mereka dari PSSI dengan perasaan tidak senang.”

Perang Shin vs PSSI

Shin Tae-yong turut mempertikaikan kenapa Ratu Tisha yang dipecat sebelum ini. Menurut Shin: “Ratu Tisha adalah tokoh yang disenangi ramai orang dalam industri bola sepak, kenapa dia dipecat?”

PSSI dengan Shin Tae-yong sudah beberapa kali berperang menerusi media. Sebelum ini pengendali dari Korea Selatan itu mengadu bahawa gajinya tertunggak.

Shin Tae-yong dilantik menjadi jurulatih skuad kebangsaan Indonesia selepas prestasi hambar ditunjukkan oleh Simon McMenemy.

Sekjen (setiausaha umum) enggan komen

PSSI kemudian tampil dengan jawapan yang agak pedas kepada Shin Tae-yong.

Mereka malah mengingatkan dia orang tersebut bahawa dia hanyalah seorang kuli yang menerima gaji dan bekerja dengan mereka pssi sebagai majikan.

Lantas PSSI menyatakan mereka tidak ambil kisah sangat kenyataan Shin Tae-yong.

PSSI menganggap Shin Tae-yong dan PSSI mengeluarkan pernyataan yang berbelit belit di hadapan media Korea.

Yang terbaru adalah pernyataan Shin Tae-yong di media Korea Selatan yang berkeinginan untuk memusatkan latihan Timnas Indonesia U-19 di Korea Selatan.

Namun, pernyataan Shin Tae-yong ini tidak selaras dengan PSSI, yang di mana PSSI ingin pemusatan latihan Timnas Indonesia U-19 di Indonesia.

“Pertama sekali, sampai saat ini perihal pemusatan latihannya adalah di Indonesia. Lalu, hingga saat ini, kita dengan Shin Tae-yong masih berkomunikasi baik berkaitan dengan soal melaksanakan rencana untuk pemusatan latihan,” tegas Sekjen PSSI, Yunus Nusi, di pejabat PSSI, Jakarta.

Bukan hanya isu pemusatan latihan Timnas Indonesia sahaja yang menjadi isu. PSSI enggan memberikan komen tentang kenyataan Shin Tae-yong di media Korea Selatan yang mempertikaikan penamatan perkhidmatan Ratu Tisha dari posisi Sekjen dan juga perlantikan Indra Sjafri selaku Pengarah Teknikal.

PSSI kemudian menyatakan kenyataan itu tidak berasas dan mungkin diada adakan oleh media.

“Sementara untuk berita-berita dari media yang selama ini bukan dari Shin Tae-yong atau ejenya langsung. Sehingga kita tidak akan memberikan komen,” jelas Yunus Nusi, yang mahu menjaga hubungan dengan Shin Tae Yong.

“Kita sudah tanyakan kepada Shin Tae-yong terkait statement tersebut. Kita kan juga tidak tahu perihal media Korea Selatan tersebut, jadi kita tunggu konfirmasi langsung dari Shin Tae-yong dan kita tidak akan bicara selama belum dapat kenyataan langsung dari dia,” tegas Plt Sekjen PSSI itu.

Ketua Satgas (Satuan Tugas) Pula Tembak Tae-yong

Ketua Satgas Timnas Indonesia, Syarif Bastaman kemudian tampil mengkritik keras Shin Tae-yong yang dianggap melemparkan kritikan keras kepada  majikannya PSSI. Menurutnya, Shin Tae-yong dalam posisi profesional merupakan kuli ataupun penerima kerja yang harus menerima arahan dari pemberi kerja yakni PSSI.

“Prinsipnya, kami ini [PSSI] sebagai pemberi kerja. Jadi sebagai profesional, Shin Tae-yong harus mengikuti arahan pemberi kerja [majikan].”

Rata rata peminat Indonesia kecewa dengan kenyataan oleh PSSI yang menunjukkan mereka berada di takuk lama.

Memang PSSI majikan tetapi Shin Tae-yong mahu menjalankan tugasannya dengan efisien, jadi sudah tentu mereka perlu membantu jurulatih itu yang terbaik.

Ini kerana mereka percaya Shin Tae-young lebih tahu apa yang nak dilakukan. Sepatutnya setiap orang bergabung kepakaran dan menghormati kepakaran bidang masing masing. Itu baru bekerja dalam satu organisasi.

Lalu ada yang menyatakan, patutlah bola sepak Indonesia susah nak maju.

Baca yang lain