PSSI Rasminya Umum Larang Kapten Pakai Lilitan Pelangi: “Baik Letak Garuda”

Semalam dalam aksi Malaysia menentang Kemboja, kapten Kemboja memakai lilitan kapten dengan corak pelangi. Tanda sokongan kepada L G * TQ.

Mungkin ianya agak mengejutkan kerana sebelum ini dalam Piala AFF, kita tidak melihat lilitan kapten seperti ini.

Namun Malaysia memilih untuk tidak memakai corak tersebut pada lilitan kapten mereka. Di mana Malaysia menang 3-1 dalam aksi tersebut. Selepas aksi cemerlang pemain Malaysia.

Indonesia umum secara rasmi larang pasukannya pakai armband berpelangi

Thailand dan Myanmar sebelum ini turut memakai lilitan kapten dengan corak pelangi dalam temasya Piala AFF 2020.

Namun sebuah lagi negara iaitu Indonesia, yang memiliki jumlah penganut agama Islam terbesar di dunia, memutuskan bahawa mereka tidak akan meniru negara negara tersebut, dan PSSI sendiri sudah mengeluarkan kenyataan secara rasmi.

Ketua Umum (KETUM) PSSI, Mochammad Iriawan sudah mengutarakan perkara tersebut secara rasmi dan terbuka, tiada berselindung.

Jadi PSSI secara rasminya menjadi persatuan bola sepak pertama melarang secara rasmi pasukan mereka daripada memakai lilitan kapten tersebut.

Walaupun sebenarnya kenyataan terbuka seperti itu mungkin akan menjadi isu besar di Barat. Kerana FIFA sendiri rakan kuat dengan Pride serta pertubuhan kebebasan jantina.

Memandangkan Piala AFF rantau Asia Tenggara ini rata rata masyarakatnya hidup dalam beragama dan melarang hubungan sejenis, maka perkara ini dilihat bukan isu besar.

Piala AFF 2020 bermula pada minggu lalu, dan ramai peminat terkejut apabila kempen pelangi itu sudah mulai meresap dalam Piala AFF pada kali ini.

Dalam aksi di antara Thailand dan Timor Leste, kapten Thailand iaitu Teerasil Dangda dilihat memakai lilitan kapten dengan corak pelangi. Kemudian dalam aksi di antara Myanmar dan Singapura pula, kapten Myanmar, Maung Maung Lwin memakai lilitan kapten yang sama dengan Dangda.

Seterusnya dalam aksi Kemboja berdepan Malaysia, seorang lagi kapten tampil dengan lilitan pelangi itu iaitu kapten Kemboja.

Lilitan kapten itu simbol sokongan kepada komuniti yang menyokong kebebasan hubungan sesama jantina.

Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan sudah memberikan jaminan bahawa mereka akan memastikan Timnas Indonesia tidak akan menggunakan lilitan kapten berwarna pelangi.

Jadi jika ada isu berkaitan dengan lilitan kapten selepas ini, ianya adalah tanggungjawab PSSI. Sambil Iriawan menegaskan bahawa, tak sesiapa pun boleh memaksa, demi meraikan perbezaan budaya dalam dunia yang bebas untuk sesiapa sahaja mengamalkan kepercayaan dan budaya mereka.

Iriawan berkata: “Ya, itu kan hak pasukan masing masing, kelab atau pasukan kebangsaan, mereka bebas untuk memilih sama ada nak memakai atau tidak.”

“Dan untuk timnas Indonesia, kami tak akan memakainya. Saya akan menghubungi Indra Sjafri nanti untuk memastikan mesej ini sampai kepada pasukan,” kata beliau yang sebenarnya tidak terfikir bahawa kempen pelangi ini tiba tiba ada dala Piala AFF 2020 kali ini.

Jelas sekali PSSI tidak pernah fikir akan perkara ini, dan Iriawan mahu Indra Sjafri mengetahui pendirian PSSI dalam isu ini agar tidak tunduk kalau ada pihak yang tiba tiba mendesak mereka memakai lilitan kapten itu.

“Kami sudah memutuskan bahawa kami tak akan memakai liltan kapten pelangi. Kalau negara lain nak pakai, silakan. Kerana budaya kita berbeza,” tambah beliau lagi.

Iwan Bule juga menambah bahawa pasukan Indonesia tak ada isu dengan pemilihan lilitan kapten kerana mereka akan memakai lilitan kapten seperti yang biasa mereka pakai. Beliau turut berpendapat, kalau nak letak corak, lebih baik letak logo Garuda sahaja di situ.

Iwan menegaskan: “Kami akan pakai lilitan kapten yang biasa. Cuma kalau boleh saya teringin pula nak tambah logo Garuda di sana [pada lilitan ketua pasukan].”

Indonesia akan berhadapan dengan Kemboja pada 9 Disember akan datang.

Indonesia adalah pasukan yang diletakkan sama kumpulan dengan Malaysia. Ianya dianggap dua musuh paling ketat di Asia Tenggara dalam derbi digelar Derbi Nusantara.