Puak UFO Ini Mendakwa Mereka Boleh Berhubung Dengan Tuhan Dan Alien Di Angkasa Lepas

Ada satu puak di Fulham yang menggelarkan diri mereka puak UFO mendakwa mereka boleh berhubung dengan tuhan yang berada di angkasa lepas.

Mereka ada sebuah tokong / temple yang digelar The Aetherius.  Salah seorang daripada 9 ketua / pengarah kepada puak ini ialah Mark Bennett.

Mereka semua tinggal di satu tempat yang jauh. Malah lebih jauh daripada planet Marikh.

Puak UFO ini juga dikenali dengan nama Komuniti Aetherius  yang diasaskan oleh Dr George King selepas beliau mendedahkan dihubungi oleh Cosmic Master pada 1958.

Cosmic Master ini telah memberikan kepercayaan keapda Dr George untuk membimbing puak yang diberikan nama Aetherius.

Cosmic Master berkata kepada George: “Sedialah kamu, kerana kamu akan menjadi suara yang mewakili puak kamu di Parlimen antara planet.”

Dr King memberitahu pengikutnya bahawa hanya dia sahaja manusia yang boleh berhubung dengan Cosmic Master sehinggalah dia meninggal pada 1977.

Puak Aetherius ini tadi masih boleh berhubung dengan Dr King menerusi aktiviti seperti yoga dan beberapa rutin spiritual untuk berkomunikasi dengannya secara telepati.

Dan kadangkala Dr King ni terus bercakap terus dengan mereka ini, menurut mereka lagi.

Mereka juga mendakwa mereka ada menyimpan beberapa transkrip perbualan dengan pelbagai makhluk asing di sistem solar.

Puak ini tadi melakukan penyembahan mereka dan percaya dengan hukum karma serta berbuat baik kepada alam sekitar. Mereka banyak beryoga.

Mereka juga menyatakan, ada ramai mahkluk asing di atas sistem solar sana yang super-intelligent / bijak teruk. Dan mereka mahu membawa penduduk di bumi berevolusi.

Cuma masalahnya sekarang menurut Bennett, manusia masih belum cukup tinggi tahap spiritual.

Bennett juga memberitahu bahawa alien ini tadi percaya bumi akan mampu untuk berevolusi dengan mereka.

Banyak ilmu alam angkasa lepas yang mereka miliki dan tidak semua orang boleh belajar dengan mereka. Kecuali mereka yang menyertai komuniti Aetherius.

Ini dengan menjadi ahli dengan bayaran tahunan sebanyak £40 setahun. Dia macam season pass la.

Mereka yang bayar tu tadi, dan akan dapat akses kepada pelbagai perkhidmatan khas. Boleh mendapat naskah majalah bulanan dan beberapa lagi cenderamata.

Namun pada yang tidak mampu membayarnya, boleh la datang sahaja bersama sama dengan mereka menjalani aktiviti spiritual.

Bennett menafikan mereka semua berfantasi. Dan beliau meminta orang ramai datang sendiri kepada mereka bertanya untuk mengelakkan misconception.

Lain macam.

Sumber: Ladbible

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di