PUBG Paling Untung Pada Mei Dengan RM966 Juta Tendang Fortnite Dan CODM, Pokemon GO Ketiga

Kalau nak sembang pasal permainan video mudah alih, pastinya nama pertama akan terkeluar di kepala kita adalah PUBG (PlayerUnknown’s Battlegrounds) Mobile.

Mana taknya, popularitinya membuatkan pengeluar telefon pintar turut menjadikannya salah satu benchmark untuk fon mereka. Beli bang, fon ni boleh run PUBG smooth je, itu antara ayat bodekan yang korang selalu dengar.

Kepopularan PUBG membuatkannya diundi sebagai game paling popular di ranker.

Dan terbaru, firma analisis data Sensor Tower telah mendedahkan bahawa PUBG Mobile adalah permainan mudah alih menjana pendapatan tertinggi di dunia, pada bulan Mei 2020.

Walaupun permainan ini dimuatnaik dan diinstall secara percuma. Namun ianya sebenarnya freemium. Bermakna ramai pemain membeli beberapa tawaran pakej di dalamnya.

Ini bagi menambah perkakasan dan kekuatan mereka di dalam permainan dalam kadar segera. Ini termasuk kulit senjata, kulit watak dan lain-lain.

Jadi, hasil daripada pendapatan ini PUBG telah menjanan $226 juta ataupun sekitar RM966 juta, hanya pada bulan Mei. Peningkatan sebanyak 41%.

Tidak dinafikan lockdown di seluruh dunia membuatkan ianya meningkat naik dari segi muat turun dan masa permainan. Dan impaknya masih berlaku pada Mei.

PUBG Mobile aka Peacekeeper Elite (China) oleh Tencent kini merupakan salah satu tajuk mudah alih yang popular sejak dilancarkan pada tahun 2018.

Ini adalah permainan battle royale yang memiliki komuniti di atas talian yang sangat besar dan luas. PUBG turut meninggalkan lawannya dalam battle royale seperto Fortnite dan juga Call Of Duty Mobile (CODM) untuk carta pada Mei.

Juga menarik untuk melihat bahawa kebanyakan pembelian dalam aplikasi berasal dari China (53%), AS (10,2%), Arab Saudi (5,5%), dan tidak banyak dari India di mana permainan ini sangat popular di negara tersebut.

Gelaran permainan mudah alih terlaris kedua terlaris dalam tempoh yang sama adalah milik Honor of Kings, satu lagi permainan oleh Tencent.

Ia memperoleh $204.5 juta untuk syarikat itu, pertumbuhan 42% YoY.

Sebilangan besar pendapatannya berasal dari China (95%), diikuti oleh Thailand (2.2%) di mana ia dikenali sebagai Garena Realm of Valor.

Pokémon GO Niantic juga mencatat pendapatan tertinggi $82.2 juta sejak September 2019. Pembangun permainan ini, baru-baru ini menambahkan kandungan baru dalam permainan untuk mendorong para pemain bermain di rumah.

Berikut adalah laporan ringkas daripada sensor tower.

 

Baca yang lain