Minggu Lalu PUBGM Ban Lebih 2 Juta Akaun Dalam 7 Hari Kerana Hack & Cheats

PUBG Mobile telah mengumumkan mereka baru sahaja mengharamkan lebih dua juta ataupun secara angka, 2,080,812 akaun secara kekal minggu lalu.

Pengharaman itu adalah yang tertinggi dilakukan PUBG dari tempoh 11-17 September 2020.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh PUBG Mobile menerusi Twiitter mereka.

Pengharaman akaun akaun itu adalah kerana hacking, menipu dan griefing (kesalahan mengasari pemain lain dengan kata kata kesat dan ancaman verbal) – di mana kesemua kesalahan itu adalah bertentangan dengan terma dan syarat PUBGM.

PUBG sebelum itu menerima banyak kritikan kerana mereka dikatakan tidak pro aktif dalam membanteras gejala ini yang semakin berleluasa.

Salah satu sebabnya adalah kerana pertambahan jumlah pemain di dalam permainan tersebut.

Lalu PUBGM menjalankan perang besar besaran ke atas akaun yang menggunakan hack dan cheats ini.

PUBGM dalam kenyataan mereka menyatakan:

“Dari tempoh 11 sehingga 17 September 2020, sebanyak 2,080,812 akaun telah diharamkan selamanya daripada akses kepada permainan kami. Berikut adalah alasan kenapa mereka diharamkan:

1. Menipu dengan auto-aims (47%)

Ini adalah salah satu godaman yang popular di dalam FPS termasuk dalam PUBG dan permainan FPS lain. Di mana ianya secara automatik menghalakan sasaran kepada musuh tanpa perlu mengalihkan crosshair.

Hack ini sangat sangat dilarag dalam polisi permainan kami. 47% daripada akaun yang diharamkan adalah kerana menggunakan Auto Aim cheats.

2. X-ray vison (29%)

Kepada mereka yang tak tahu, ini adalah wallhacks ataupun x-ray visions yang membolehkan pemain mendapat kelebihan tak adil kepada pemain lain.

Ia membolehkan mereka mengetahui kedudukan pemain lain walaupun lawan mereka di sebalik dinding ataupun halangan lain.

3. Speed cheates  (11%)

Ini adalah proses memasukkan kod yang memudaratkan ke dalam fail permainan untuk memodifikasi kelajuan dan kepantasan pemain. Sekitar 11% mereka dihukum kerana menggunakan hack ini.

4. Lain lain (5%)

Ini termasuk hack untuk No recoil, kereta terbang dan lain lain lagi.

Dan baki 8% lagi di-ban kerana modifikasi  area damage dan model karakter.”

Nampaknya ramai yang kehilangan akses kepada akaun mereka kerana gegatal menggunakan hack ataupun cheats di dalam permainan.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.