PUBGM Umum Kolaborasi Dengan Liverpool

Pencinta bola sepak, terutamanya penyokong Liverpool, pastinya dalam keseronokan keseronokan berganda. Ini selepas PUBG Mobile mendedahkan kerjasama dengan kelab legenda dari Merseyside itu.

Seperti mana kerjasama lain sebelum ini, konten yang berasaskan tema kerjasaman Liverpool x PUBGM dijangka akan ditambahkan pada permainan, di samping beberapa acara / events untuk dinikmati pemain.

PUBG Mobile sebelum ini telah bekerjasama dengan pelbagai tokoh, siri, dan organisasi terkenal, termasuk Alan Walker, McLaren, The Walking Dead, Blackpink dan lain-lain.

PUBGM dianggap permainan di telefon pintar yang sangat popular di dunia kerana ramai pemain. Ianya permainan FPP/TPP yang bertemakan battle royale dan juga multiplayer di dalamnya.

Menurut catatan media sosial itu, kerjasama PUBG Mobile x Liverpool FC akan disiarkan secara langsung pada 12 November, iaitu sekitar dua minggu lagi. Dengan itu, acara kerjasama itu akan bermula pada tarikh yang sama dan memberi pemain peluang untuk mendapatkan hadiah skin untuk beg galas kekal.

Dan tarikh kolaborasi tersebut turut diumumkan dalam kenyataan yang berbunyi:

“Kolaborasi Kelab Bola Sepak PUBG MOBILE X Liverpool akan datang tidak lama lagi pada 12 November. Sertai acara kolaborasi dalam permainan pada 12 November untuk mendapatkan beg galas kekal!”

Ini akan menjadi peluang yang sangat baik untuk mereka yang bermain PUBGM menerima ganjaran percuma, jadi jangan lepaskan peluang ini. Beberapa lagi butiran lanjut mengenai kolaborasi ini juga akan terus dikemaskini menerusi platform media sosial PUBGM.

Beberapa hari lalu, PUBG Mobile juga mengumumkan kolaborasi dengan Baby Shark. Pada masa ini, acara dalam permainan sedang dijalankan dalam battle royale, menawarkan pemain peluang untuk mendapatkan set Baby Shark kekal bersama beberapa barangan lain.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan