Puji-Pujian Neitzel Buat Al Hafiz Yang ‘Menyusahkan’ Pasukannya

Jurulatih pasukan Selangor, Karsten Neitzel dengan jujur memberikan kredit kepada bintang Pulau Pinang iaitu Al Hafiz.

Neitzel menyatakan bahawa pasukannya tiada jawapan kepada kelincahan Al Hafiz Harun ketika mereka tewas di tangan Pulau Pinang 0-2 di Stadium MBPJ.

Dua gol Pulau Pinang adalah menerusi Al Hafiz pada minit ke-38.

.. dan juga Danial Ashraf pada minit ke-73.

Al Hafiz menjadi masalah utama Selangor ketika Pulau Pinang menyerang balas. Neitzel menafikan pasukannya tidak cukup cergas selepas berhempas pulas menentang JDT sebelum ini.

Dipetik dari Harian Metro, Neitzel berkata:

“Kami menghadapi masalah daripada serangan balas lawan terutamanya daripada pemain nombor 12 (Al-Hafiz) pada babak pertama, itulah punca kami kalah pada hari ini (malam semalam) dan bukannya disebabkan oleh kecergasan.”

Neitzel tetap memuji semangat juang pada pemainnya walaupun mereka berdepan kesukaran untuk mengekalkan rentak seperti aksi sebelum ini ketika berdepan JDT.

“Kami bermain dengan baik pada Rabu [menentang JDT] tetapi hari ini ia sangat berlainan. Pemain mencuba pelbagai cara, sudah tentunya kami kecewa. Ia keputusan yang buruk, kami gagal untuk menjaringkan gol daripada peluang yang ada.”

Neitzel turut kecewa dengan beberapa peluang keemasan mereka yang gagal disudahkan.

“Kami memiliki dua peluang daripada Aliff Haiqal dan Ifedayo Olusegun. Jika mereka menjaringkan gol itu, ia akan memudahkan kami. Terutama sekali pada babak pertama, kami bermain terlalu perlahan daripada bawah,” tambah beliau lagi.

Baca yang lain