Alejandro Garnacho menjaringkan gol pertamanya untuk Manchester United dalam kemenangan 1-0 ke atas tuan rumah Real Sociedad dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Liga Europa di Stadium Anoeta di San Sebastian.
Bagaimanapun, kemenangan ini tidak dapat menghalang United daripada menduduki tempat kedua dalam kumpulan ini sehingga terpaksa menjalani playoff menentang salah satu daripada lapan pasukan yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah.
United perlu menang dengan perbezaan dua gol untuk memenangi Kumpulan E supaya mereka mendapat tiket automatik ke pusingan 16 terakhir Liga Europa.
Tetapi apa yang berlaku mereka kini terpaksa berdepan salah satu daripada Ajax, Barcelona, Juventus, Bayer Leverkusen, FC Salzburg, Sevilla, Shakhtar Donetsk dan Sporting CP.
All potential Manchester United opponents in the next round:
Barcelona 🇪🇸
– Seville 🇪🇸
Juventus 🇮🇹
– Ajax 🇳🇱
– Bayer Leverkusen 🇩🇪
– Sporting Lisbon 🇵🇹
– Salzburg 🇦🇹
– Shakhtar 🇺🇦 pic.twitter.com/AtdDsguB3k— TCR. (@TeamCRonaldo) November 3, 2022
Bagaimanapun, jurulatih Erik ten Hag berkata beliau gembira dengan kemajuan prestasi Alejandro Garnacho.
“Saya sangat gembira dengan persembahannya, dia adalah ancaman kepada lawan, dia menjaringkan gol dan bertahan dengan baik. Ia benar benar penyudah yang hebat, percubaan yang hebat dan sangat menyeronokkan,” kata Ten Hag selepas perlawanam.
Selepas penampilan sulungnya ketika United menewaskan FC Sheriff, Garnacho menandakan penampilan keduanya dengan gol hebat pada minit ke-17.
Lebih menarik gol itu di-assist oleh legenda dan idolanya, Cristiano Ronaldo yang kini lebih dua kali ganda umurnya yang kini berusia 37 tahun.
Dan dia sempat meraikan gol dengan gaya keraian gol terbaru ciptaan Ronaldo.
18 years and 125 days dreaming of this moment
Thanks Idol, @Cristiano pic.twitter.com/p3znaynaH3
— Alejandro Garnacho (@agarnacho7) November 3, 2022
Pemain muda Argentina itu boleh menjaringkan gol keduanya tetapi dia tergelincir ketika dia hendak merembat dan bola melantun melepasi palang Sociedad.
Ronaldo turut terlepas peluang keemasan untuk menambah gol United ketika dia 1 lawan 1 dengan penjaga gol. Dan pemain veteran itu melambungkan bola tinggi.
Turut cemerlang dalam perlawanan ini ialah penjaga gol David de Gea, yang melakukan dua penyelamatan cemerlang termasuk ketika dia menafikan gol Pablo Marín.
Ten Hag turut memasukkan Harry Maguire sebagai pemain gantian untuk diletakkan sebagai penyerang ekstra, tetapi United gagal menjaringkan gol kedua sehingga mereka terpaksa berpuas hati untuk menjadi naib juara kumpulan ini.
Ten Hag tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya kerana gagal menjadi juara kumpulan. Kerana menurutnya, kelab seperti Manchester United sentiasa mahu menjadi no.1.
Beliau juga berpendapat bahawa bola sepak memang agak kejam, kerana sesuatu pasukan itu kadangkala tidak mendapat benda yang mereka berhak dapat.
Dalam kes United, mereka gagal menjadi juara kumpulan kerana kegagalan mendapatkan gol kedua.