Pulisic Dedahkan USA Sasar Menang Piala Dunia 2022: “Tak Percaya? Terpulanglah”

Bagi sesetengah rakyat Amerika Syarikat, hanya dengan melihat pasukan kebangsaan AS [lelaki] kembali ke Piala Dunia selepas kegagalan mereka untuk layak ke Rusia 2018 dilihat sebagai satu kejayaan besar.

Bagaimanapun, bagi Christian Pulisic, melangkah ke Qatar 2022 hanyalah titik permulaan, kerana kelompok pemain pemain muda ini merancang untuk membuat beberapa perubahan serius pada November dan Disember.

Dia ditanya oleh wartawan tentang sasaran paling realistik pasukan AS dalam Piala Dunia akan datang. Dia tak berselindung mendedahkan bahawa pasukan AS yang ada hari ini mahu menang Piala Dunia.

Pulisic menyatakan bahawa mereka tidak mahu sekadar mara ke kalah mati semata mata dari Kumpulan B – di mana mereka diundi menentang England, Wales dan Iran – tetapi menyasarkan untuk memenangi trofi Piala Dunia buat pertama kalinya.

“Saya fikir kami akan pergi ke sana dengan tujuan untuk memenangi Piala Dunia,” kata Pulisic kepada Herculez Gomez dari ESPN dalam temu bual untuk Futbol Americas.

“Tiada ada sebab mengapa mana-mana pasukan perlu pergi ke sana tanpa keyakinan itu dan itulah cara kami akan pergi ke acara besar ini.”

“Kami akan masuk sebagai pasukan yang yakin dan lapar yang tidak akan berundur berdepan sesiapa sahaja dan kami rasa kami benar-benar boleh maju dalam Piala Dunia ini.”

Pasukan AS yang menduduki No. 14 dalam ranking dunia FIFA terbaharu, layak untuk setiap Piala Dunia dari 1990-2014 sebelum terlepas ke Piala Dunia 2018.

Penamat tertinggi mereka dalam regangan itu ialah mara ke suku akhir pada 2002, manakala skuad 1930 menduduki tempat ketiga selepas mara ke peringkat separuh akhir. Namun ketika itu, tidak banyak pasukan bertanding.

Tetapi jelas bahawa Pulisic, bintang Chelsea yang sering memakai lilitan kapten negaranya itu menyatakan bahawa dia sedang membawa harapan seluruh rakyat Amerika.

Pulisic menyatakan dia tidak boleh memaksa orang percaya. Jika mereka menanggap itu satu jenaka, dan rasa nak tergelak mendengarnya, terpulangnya.

Beliau menambah: “Jika anda tidak percaya ia boleh berlaku, ia tidak akan berlaku,” kata penyerang berusia 23 tahun itu.

“Kami telah melihat perkara yang lebih gila berlaku dan saya benar-benar percaya bahawa kami mempunyai pasukan yang kuat, kumpulan lelaki yang kuat yang boleh mencapai apa sahaja.”

“Jadi itulah cara saya berfikir dan cara saya akan percaya dapat memenangi Piala Dunia ini.”

Pasukan bimbingan ketua jurulatih Gregg Berhalter mempunyai dua lagi perlawanan sebelum beraksi di Qatar, menentang Jepun pada Sept. 23 dan Arab Saudi pada Sept. 27.

Kedua-dua perlawanan persahabatan menentang negara-negara yang terlibat dengan Piala Dunia dari Asia itu akan diadakan di Eropah.

Sementara itu, Pulisic dan rakan sepasukannya sedang bersiap sedia untuk musim baharu – baik dalam kempen MLS yang sedang berlangsung dan musim Eropah 2022-23 yang akan datang yang akan berehat untuk Piala Dunia bukan musim panas. Tidak seperti sebelum ini.