Puluhan Ribu Babi Mati Mengejut

Isu Koronavirus belom reda lagi namun kini Filipina sedang berdepan dengan satu wabak baru yang sedang melanda kawasan selatan negara mereka.

Wabak itu dikenal pasti sebagai Selsema Babi atau dikenali sebagai Demam Babi Afrika. Wabak ini berpunca daripada aktiviti penyeludupan Babi-Babi dari negara China.

Wabak itu kini sudah merebak ke kawasan pulau-pulau utama di Filipin termasuk Manila.

 

Pihak berkuasa tempatan Filipina telah membuat keputusan untuk mengharamkan daging Babi serta apa sahaja produk berasaskan Babi diimport dari kawasan yang terlibat.

Sampel darah yang diuji menunjukkan ianya positif dan telah menyebabkan sekitar 20,000 ekor Babi telah dihapuskan.

Hal ini bagi mengelakkan penularan ke skala yang lebih teruk memandangkan keadaan ladang ternakan Babi yang tidak bersih.

Lebih teruk lagi, wabak selsema Babi ini juga dikatakan sudah merebak hingga ke Bali,Indonesia. Di Bali sekitar 888 ekor Babi ditemui terapung di laluan air dan disahkan Babi itu sudah mati.

Dikawasan utara Bali pula sekurang-kurangnya 30,000 ekor Babi dilaporkan mati mengejut.

Untuk pengatahuan populasi Babi di Bali adalah sebanyak 1.2 Juta ekor. Sebab itu hidangan Babi golek sangat terkenal di sana.

Menurut portal laporan dari Bangkok post,secara keseluruhan hampir 50,000 ekor Babi telah mati di seluruh utara Sumatera sejak beberapa bulan lalu.

Walau bagaimanapun, punca utama kejadian ini masih belum dikenal pasti dan disahkan sehingga ujian makmal dikeluarkan.

Ada Tujuh daerah yang terkesan dengan wabak misteri itu antara daerah yang terlibat Bandung yang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 598 kematian Babi, diikuti Tabanan (219),Denpasar (45),Gianyar
(24),Bangli (1) dan Karangasem (1).

Kebiasaannya hanya ada Tiga penyakit yang biasa dikaitkan dengan haiwan ternakan iaitu Septikemia epizootica, Babi kolera dan Streptococcus suis.

 

Hanya makmal di Medan sahaja yang mempunyai banyak peralatan serta mereka lebih berpengalaman untuk mengesan penyakit seperti ini.

Walaupun keputusan makmal masih belum mengesahkan hal ini, Ketua Pertubuhan Penternak Babi Bali(GUPBI) Ketut Hari Suyasa berkata kejadian itu sememangnya berkait rapat dengan Demam Babi Afrika (ASF).

Melihat kepada Babi-Babi yang mati secara tiba-tiba itu kesemua mereka mengalami simptom yang sama.

Menurut Ketut Hari Suyasa juga, mereka mengesyaki ia adalah Demam Babi Afrika, walaupon kesemua Babi itu sudah di Vaksinkan.

Walau masih belom mendapat keputusan rasmi dari makmal kerja-kerja mengawal penyakit itu dari terus menular adalah jauh lebih penting.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.