Barcelona sudah sedia untuk menyingkirkan Nike daripada senarai penaja untuk jersi rasmi kelab itu.
Nike dan Barcelona sudah mengadakan beberapa siri perbincangan untuk kontrak yang baharu. Dengan Barca mahukan perjanjian yang luar biasa dalam kontrak baharu mereka.
Barca sebelum ini malah membayangkan mereka mungkin akan menghasilkan jersi mereka sendiri untuk mengawal sendiri keuntungan hasil jualannya.
Namun langkah itu agak samar samar. Kerana kepakaran Barca adalah bola sepak bukannya teknologi pakaian.
Nike masih menjadi antara pilihan untuk menaja Barca musim akan datang selepas perjanjian sedia ada tamat. Namun Nike dikejutkan oleh Puma yang kini dilaporkan sedang menjadi pilihan utama Barcelona untuk menaja kelab itu.
Ini selepas kelab mendapat tawaran lebih baik daripada PUMA dari segi tajaan tetap dan juga bonus hasil jualan.
Nike menawarkan Barcelona pakej €85 juta tajaan tetap dan bonus €20 juta setiap musim.
Nike yakin tawaran itu sangat baik. Kerana biasanya pengeluar jersi akan memberikan bonus berdasarkan peratusan sekitar 14-17% secara purata.
Namun Nike dikejutkan dengan berita bahawa tawaran Puma jauh lebih baik. Di mana gergasi barangan sukan itu menawarkan €120 juta semusim sebagai bayaran tetap ditambah dengan bonus yang fleksibel.
Bukan itu sahaja, Puma menawarkan bonus tandatangan perjanjian sebanyak €100 juta kepada Barcelona hanya dengan menerima tawaran mereka.
Tahun pertama perjanjian menyaksikan Barcelona terus mendapat €220 juta bayaran tetap dan bonus tambahan yang tinggi.
Seterusnya, perjanjian dengan Puma bernilai sehingga €200 juta semusim termasuk bonus. Sementara Nike maksimum €181 juta.
Ianya sangat penting dalam usaha Barcelona untuk menambah jumlah pendapatan mereka pada masa ini. Memandangkan kelab itu terus bergelut dengan masalah kewangan.
Barcelona baru baru ini dikenakan had gaji yang sangat rendah berbanding dengan seteru mereka Real Madrid. Barcelona hanya boleh membelanjakan €204 juta untuk gaji pemain mereka semusim berbanding lebih €700 juta semusim oleh Real Madrid.
Barcelona juga sedia menjual beberapa bintang mereka jika ada kelab menawarkan harga yang tinggi.
Barcelona benar benar berharap mereka akan dapat keluar segera daripada krisis kewangan yang melanda kelab itu. Ini untuk membolehkan mereka kembali berkuasa di jendela perpindahan pemain.
Kesannya kepada Nike, laporan dari Sepanyol menyebut bahawa, Nike sedia berdepan kerugian sekitar €350 juta daripada perjanjian itu, jika Barcelona benar benar tidak menyambung kontrak baharu dengan mereka.