Pundit Ini Salahkan Arteta Punca Ramsdale Diserang Richarlison Dan Penyokong Spurs

Mikel Arteta secara sensasi telah dipersalahkan oleh pundit terkemuka Richard Keys atas adegan yang agak panas di penghujung perlawanan derbi London Utara antara Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Dalam perlawanan yang mesti dimenangi oleh kedua-dua pasukan, Arsenal telah muncul sebagai pemenangan setelah penjaga gol Spurs, Hugo Lloris tertampan bola ke gawang sendiri. Dan kemudian gagal menyelamatkan gol cantik daripada Martin Odegaard.

Perlawanan itu dicemari dengan beberapa adegan panas dan nak bergaduh selepas wisel penamat.

Richarlison dilihat menolak dan menunjal kepala penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale pada penghujung perlawanan.

Seorang peminat kemudian kelihatan cuba menendang pemain antarabangsa England itu ketika dia berjalan untuk mengambil botol airnya.

Bagaimanapun, menurut Keys, Arteta yang harus dipersalahkan atas kejadian itu.

Dia berkata di beIN Sports: “Ramsdale telah mendapat akibat selepas dia menganjing penyokong Spurs dengan menutup mulut dan nampaknya telah saling mengejek dengan dengan penyokong Spurs sepanjang babak kedua itu dengan penyokong Tottenham, Ben White juga yang berada di sana.”

“Kerisauan utama saya adalah dan saya sudah lama ingin mengatakannya bahawa orang yang berada di tengah-tengah tu [Arteta], dia adalah orang yang paling patut dipersalahkan kerana tingkah laku yang meradang di tepi padang yang membingungkan orang ramai.”

“Sekiranya dia tidak menjaga kelakuannya sendiri, kemungkinan orang lain dalam pasukannya juga tidak akan melakukannya juga, siapa yang akhirnya menjadi penjaga disiplin kalau dia sendiri tak berdisiplin? Tak ada sesiapa pun.”

Semasa temu bual selepas tamat perlawanan, Ramsdale bercakap mengenai insiden itu di penghujung perlawanan itu.

Dia berkata: “Peminat Spurs memberikan saya sedikit layanan panas sepanjang perlawanan. Saya telah membalasnya kembali sedikit sahaja”

“Orang yang saya tujukan itu menyambutnya dengan dasar kesukanan, tetapi malangnya seseorang telah cuba memberikan saya sedikit tumbukan dari belakang.”

“Ia memalukan kerana akhirnya ia hanyalah permainan bola sepak. Pemain daripada kedua dua pasukan cuba membawa saya pergi tetapi syukur tiada yang terlalu drastik berlaku.”

“Rasanya perit tetapi saya pasti kami akan menikmatinya apabila kami kembali ke bilik persalinan.”

Hasil daripada kemenangan derbi cemerlang mereka, Arsenal kini telah melebarkan kedudukan di puncak Liga Perdana kepada lapan mata.

Bolehkah sesiapa menghalang The Gunners daripada memenangi kejuaraan liga pertama mereka sejak musim 2003/04?

Ramai yang percaya Arsenal kini tidak mampu dihalang lagi.

Baca yang lain