Pundit MOTD Setuju Arsenal Mangsa Pengadilan Teruk

Pundit Match Of The Day di BBC sepakat bahawa Arsenal telah menjadi mangsa pengadilan lemah dalam keptusan seri menentang Everton. Arsenal sekali lagi menjadi mangsa keputusan pengadil yang kontroversi semasa seri 1-1 mereka dengan Everton di Goodison Park.

Arsenal mendahului menerusi jaringan menarik Leandro Trossard pada separuh masa pertama dan mengawal perlawanan di Everton. Pada separuh masa  kedua, Arteta kemudian memasukkan Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli untuk memastikan penguasaan Arsenal tidak pudar sepanjang perlawanan.

Bagaimanapun, pengadil Darren England memberikan Everton sepakan penalti selepas berlaku sentuhan Myles Lewis-Skelly terhadap Jack Harrison di dalam kotak penalti sejurus selepas separuh masa kedua bermula.

VAR menyemak insiden itu, pertama untuk kesalahan dan kemudian untuk memastikan ia berada di dalam kotak penalti, dan keputusan England akhirnya disahkan oleh VAR. Myles Lewis-Skelly dari Arsenal menjadi mangsa keputusan pengadil yang buruk sekali lagi.

Dengan itu, Danny Murphy, Alan Shearer dan Gary Lineker membincangkan insiden itu di Match of the Day, dan tiada seorang pun daripada trio itu merasakan Lewis-Skelly telah mengasari Harrison, menyimpulkan bahawa pemain 18 tahun itu bernasib malang menjadi mangsa pengadilan tak betul.

Danny Murphy memulakan: “Secara peribadi, saya bersetuju dengannya (Arteta), ia agak pelik bagi saya kerana sebahagian daripada saya, memang saya bias Liverpool saya, akan berfikir tolong berikan penalti.

“Tetapi sebenarnya saya fikir ia adalah keputusan yang sangat burukb daripada pengadil – bagi saya ia bukan penalti. Jika ada, anda boleh berhujah bahawa Harrison seolah-olah, mereka berdua saling tarik menarik dan menolak sedikit… ia agak lembut, bukan?”

Shearer menjawab: “Ya, saya rasa ia sangat, sangat lembut – tidak, tidak cukup untuk memberikan penalti bagi saya, tidak.

“Dan mereka [VAR] tidak membatalkannya, ada sedikit sentuhan, lihat, apabila dia jatuh dia memang menyentuh kakinya, tetapi bagi saya tidak, saya rasa itu sangat, keputusan sangat kejam.”

Lineker menambah: “Inilah sebabnya mengapa VAR tidak akan berfungsi dalam format semasa kerana anda perlu memutuskan sama ada ia cukup kesalahan yang tidak masuk akal sama sekali.”

Mikel Arteta memberikan pendapatnya tentang penalti Everton. Semasa menyampaikan pendapatnya, menyatakan bahawa dia telah melihat insiden itu 15 kali dan masih berfikir ia ‘bukan penalti’.

Arteta berkata: “Saya 100% kecewa. Kami sangat mengawal perlawanan. Kami berharap pada separuh masa kedua untuk meneruskan penguasaan tetapi entah dari mana pengadil memutuskan untuk memberikan penalti.

“Saya telah melihatnya 15 kali – pada pendapat saya ia bukan penalti.”