Juara – Liverpool akan bertemu dengan Arsenal dalam aksi yang akan berlangsung di Emirates.
Perlawanan ini pastinya penting buat Mikel Arteta dalam usaha Arsenal mengejar slot ke Europa League.
Dan lebih daripada itu, untuk Arteta secara personal pula perlawanan ini boleh menjadi penanda aras penting projek beliau di masa akan datang.
Selepas kekalahan di Derbi Utara London pastinya Arsenal mahu bangkit. Dan kemenangan dalam perlawanan seperti ini akan menjadi penaik semangat dalam usaha Arsenal melakukan apa sahaja dalam baki perlawanan mereka.
Rekod 100 mata
Klopp menyatakan, para pemain tak perlu memikirkan soal rekod 100 mata ini. Kerana ia akan melarikan fokus mereka kepada aksi di atas padang.
Liverpool menang 26 daripada 27 perlawanam pertama mereka musim ini.
Keputusan seri dengan Burnley – bermakna Liverpool perlu menang kesemua perlawanan untuk memecahkan rekod 100 mata ataupun menang 2 seri 1.
Prestasi Arsenal
Arsenal menjadi salah sebuah pasukan yang dipenuhi masalah sejak liga bersambung.
Daripada isu kecederaan, kontrak pemain dan kini misteri situasi Mesut Ozil. Ada peminat Arsenal mulai berteori bahawa Ozil tidak akan bermain baki musim ini kerana isu bonus tinggi dalam setiap perlawanan.
Namun Arteta menyatakan situasi Ozil, dia tak diturunkan kerana tak cukup cergas dan perlu bekerja lebih keras.
Kecemerlangan Arsenal tahun 2020 ini bertukar dengan aksi tak konsisten dalam perlawanan yang disambung semula.
Isu kontrak pemain seperti David Luiz dianggap antara sebab pemain itu sepatutnya tak bermain dalam aksi berdepan dengan City.
Namun terpaksa dimasukkan keranan ‘kecemasan’ dan akhirnya pemain itu benar benar tidak fokus dan menyebabkan 2 gol lawan.
Luiz kemudian dilanjutkan kontrak selepas Mikel Arteta tidak mendapat jaminan akan mendapat dana membeli bek tengah baharu.
Defensive issue
Arsenal sama seperti jiran mereka Chelsea. Memiliki masalah pertahanan yang teruk musim ini.
Arsenal adalah salah satu pasukan di kalangan top 10 yang melepaskan bolos lebih 40 gol ketika ini.
Arteta pastinya sedar isu utama adalah back 4 dan juga DM mereka yang tidak konsisten.
Namun kelegaan Arsenal pastinya prestasi Emi Martinez yang ternyata mampu menggantikan Bernd Leno.
Prestasi semasa
Arsenal
Prestasi dalam liga je: LWWWDL
Semua pertandingan: WWWWDL
Liverpool
Dalam liga: DWLWWD
Semua pertandingan: DWLWWD
Perkembangan pasukan
Arsenal kehilangan khidmat Eddie Nketiah kerana masih digantung perlawanan.
Alexandre Lacazette dijangka akan berada dalam kesebelasan utama bergandingan bersama kapitan Pierre-Emerick Aubameyang.
Saka atau Pepe? Itu yang menjadi persoalan untuk posisi wing kanan. Pepe hari tu bukan main mengarut aksi dia. Terlalu banyak gentel.
Namun mungkin sebab teruja baru jadi papa la tu. So malam ni dia boleh menebus kesilapannya. Harus diingat Bukayo Saka adalah pemain paling banyak assist untuk Arsenal musim ini.
Ozil masih dalam senarai diragui akan beraksi. Manakala Guendouzi pula masih tak settle lagi masalah dia dengan isu luar padang. Dia berlatih berasingan daripada pasukan. Tak pasti dia akan mendapat tempat.
Exclusive: Matteo Guendouzi has been training alone since Arsenal defeat at Brighton on June 20. #AFC keen to move on 21yo France midfielder, offering him as swap/sale. Club expected to meet with his reps in coming days. With @gunnerblog for @TheAthleticUKhttps://t.co/C901Y2cDk6
— David Ornstein (@David_Ornstein) July 6, 2020
Untuk Liverpool, Henderson dan Matip adalah pemain dalam senarai kecederaan. Milner masih tak pasti dia fit sepenuhnya ataupun tak.
Pertarungan kasut emas
Aubameyang, Mo Salah dan Sadio Mane musim lalu berkongsi kasut emas. Dan musim ini dalam persaingan sekali lagi.
Jadi, perlawanan ini boleh menjadi perlawanan penting untuk mereka menambah koleksi gol.
XI Kemungkinan
Arsenal: Martinez; Sokratis, Luiz, Holding; Bellerin, Ceballos, Xhaka, Tierney; Saka, Lacazette, Aubameyang
Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson; Keita, Fabinho, Oxlade-Chamberlain; Salah, Firmino, Mane
Head To Head
Arsenal ada rekod buruk dalam perlawanan ini. Gagal menang dalam sebarang 10 pertemuan dalam semua pertandingan. Kemenangan terakhir mereka dalam liga ke atas Liverpool adalah pada April 2015.
Namun perlawanan ini kerapkali memberikan hiburan luar biasa. Terbaru, aksi Piala EFL berakhir dengan 5-5 bang.
Dalam 9 pertemuan terakhir sebanyak 49 dihasilkan dengan purata 5.4 gol per perlawanan.
Dalam aksi EPL terakhir, Liverpool menang 3-1 dengan Mo Salah skor dua bijik.