Putera Arab Saudi Hadiahkan RM1.15Juta Kepada Pemain Al Hilal Kerana Mara Ke Final Piala Dunia Kelab

Billionaire Arab Saudi, Putera Al Waleed Bin Talah Al Saud telah berikrar akan memberikan imbuhan luar biasa kepada semua pemain Al Hilal kerana berjaya mara ke final Piala Dunia Kelab 2022.

Al Hillal menang 3-2 ke atas Flamengo dalam aksi separuh akhir. Dengan Salem Al Dawsari menjadi kebanggaan negaranya sekali lagi apabila menjaringkan 2 gol dalam aksi separuh akhir.

Kedua dua gol menerusi sepakan penalti separuh masa pertama.

Al Dawsari kini menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam dua perlawanan berbeza ke atas lawan yang sama dalam Piala Dunia kelab.

Di mana sebelum ini dia pernah menjaringkan gol ke atas Flamengo dalam edisi 2019.

1 lagi gol adalah menerusi Luciano Vietto yang cemerlang memenangi kedua dua penalti untuk pasukannya.

Flamengo yang merupakan juara Copa Libertadores dikejutkan Al Hilal. Mereka sempat membalas 2 gol menerusi Pedro (2 gol).

Kejayaan Al Hilal mara membuatkan pemain mereka menerima durian runtuh dengan habuan sebanyak £222 ribu bersamaan dengan RM1.15 juta.

Jika mereka berjaya menjuarai piala itu nanti, Putera Al Waleed berjanji akan menambah £222k lagi.

Ini bermakna, jika mereka juara, secara keseluruhan setiap pemain menerima RM2.3 juta

Ben Jacobs dari CBS Sports melaporkan: “Billioanaire Arab Saudi, Putera Al Waleed bin Talal Al Saud telah berkenan memberikan sejuta riyal Arab Saudi bersamaan GBP222k kepada setiap pemain Al Hilal kerana melayakkan diri ke final. Dan sejuta riyal lagi akan diberikan jika menjadi juara.”

Ganjaran itu sebagai motivasi kepada Al Hilal. Jika mereka juara, pencapaian itu dianggap penting untuk bola sepak Arab Saudi yang meningkat naik di peringkat antarabangsa sejak akhir akhir ini.

Mereka berjaya menunjukkan prestasi luar biasa dalam Piala Dunia 2022 termasuk mengejutkan Argentina di peringkat kumpulan.

Kejayaan seperti itu penting untuk Arab Saudi dalam usaha mereka menaikkan imej mereka di mata dunia dalam arena bola sepak, dalam usaha mereka mahu menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

Sebelum ini juga, Cristiano Ronaldo turut datang ke Liga Pro Saudi. Ianya memberikan satu lagi impak yang baik kepada bola sepak di negara tersebut.

Al Hilal malah dikaitkan dengan Lionel Messi yang akan tamat kontrak dengan PSG akhir musim ini.

Al Hilal akan menanti pemenang antara juara UCL, Real Madrid dan Al Ahly yang akan berentap pada hari ini.

Adakah Al Hilal akan berjaya menjadi juara pada edisi 2022?