Persatuan Judo Antarabangsa (IJF) mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menggantung Vladimir Putin daripada jawatannya sebagai Presiden Kehormat dan Duta IJF. Putin memegang jawatan itu sudah beberapa tahun lamanya.
Putin dikenakan tindakan disiplin kerana melancarkan perang ke atas Ukraine. Lain macam juga masalah disiplin dalam persatuan si Putin ni.
Dalam kenyataan rasmi IJF pada 27 Februari, mereka berkata: “Dalam perhatian tertumpu ke arah perang konflik di Ukraine, Persatuan Judo Antarabangsa dengan ini mengumumkan penggantungan Encik Vladimir Putin daripada jawatannya sebagai Presiden Kehormat dan Duta Persatuan Judo Antarabangsa.”
The International Judo Federation (IJF) has suspended Vladimir Putin as its honorary president, a status he was awarded in 2008. The decision was announced today in a statement released by the IJF, which cited "the ongoing war conflict in Ukraine" as the reason for the suspension pic.twitter.com/0d4FQ7xqsz
— AVA TODAY (@ava_today) February 27, 2022
Keputusan itu dibuat selepas beberapa persatuan sukan lain menggantung nama Rusia daripada bertanding. Ini adalah tamparan hebat buat Putin kerana dia merupakan peminat tegar sukan Judo dan seorang ahli Judo yang aktif.
Putin dikatakan mengamalkan seni pertahanan diri itu dengan aktif sekali. Putin malah mengeluarkan buku judo untuk bacaan rakyatnya yang berjudul Judo: Sejarah, Teori dan Praktis.
Puting ada tali pinggang hitam lapan-dan dalam judo dan menerima pelbagai penghormatan daripada IJF serta seni bela diri yang lain sejak bertahun tahun lamanya. Ini termasuk tali pinggang hitam lapan-dan daripada Kyokushin-Kan International Honbu karate dojo.
Dia juga menerima anugerah tertinggi dalam Taekwondo ketika lawatannya ke Korea Selatan pada 2013, walaupun dia tak pernah mengamalkan disiplin seni mempertahankan diri tersebut.
Dalam kenyataannya pada 2001, Putin pernah berkata: “Sepanjang hidup saya telah mempraktikan judo. Saya sangat cintakan sukan ini. Saya rasa ianya lebih dari sekadar seni bela diri.”
“Saya rasa falsafah judo telah mengajar sesorang itu untuk menghormati lawan mereka.”
Putin juga sudah beberapa kali menunjukkan skilnya di gelanggang judo. Namun ada yang menganggap Putin sebenarnya tidak handal mana pun.
Pada 2015, wartawan Lawfare, Benjamin Wittes mendedahkan bahawa gelaran yang Putin dapat dalam suka judo kesemuanya adalah hasil penipuan. Malah Wittes mencabar Putin untuk berjudo di gelanggang.
Namun Putin terbukan menolak cabaran itu kerana menurutnya dia sibuk dengan hal negaranya.