Presiden Vladimir Putin mengatakan vaksin buatan Rusia iaitu Sputnik merupakan vaksin yang boleh dipercayai seperti mana senapang serangan (assault rifle) Kalashnikov / AK47.
Dia menyebutnya dalam sidang video dengan Timbalan Perdana Menteri Tatyana Golikova pada hari Khamis semalam.
Komen itu dibuat oleh Putin ketika pegawai kesihatan di beberapa negara agak ragu ragu kepada vaksin yang diberikan nama Sputnik Light.
Perbandingan Putin merujuk kepada senjata AK-47 era Soviet yang masih popular dan banyak digunakan hingga kini. Dia memetik komen yang awalnya dibuat oleh doktor Austria awal tahun ini mengenai keberkesanan vaksin.
Vaksin Sputnik V berfungsi dengan cara yang serupa dengan vaksin yang dikembangkan oleh Oxford / AstraZeneca dan Janssen / Johnson & Johnson.
Pengkritik pemerintah Putin merasa agak skeptikal ketika vaksin itu dengan cepat mendapat persetujuan oleh pentadbiran Moscow tahun lalu, walaupun percubaan terakhir mendapati vaksin tersebut memberikan perlindungan yang tinggi dari Covid-19.
Versi dua dos vaksin telah mendapat persetujuan di puluhan negara lain di seluruh dunia.
O Kalashnikov é o fuzil mais vendido de todos os tempos, conhecido pelo baixo valor de produção e por quase nunca travar#Putin #Sputnik #AK47 #Vacina #Pandemiahttps://t.co/vA2MfuLmJp
— Jornal de Brasília (@OficialJBr) May 6, 2021
Indonesia telah memesan 20 juta dos vaksin Sputnik V untuk program vaksinasi besar besaran mereka. Duta Besar Rusia ke Indonesia, Lyudmila G Vorobyova mengatakan dalam sidang media Rabu lalu bahawa Sputnik V Rusia sudah dalam proses pendaftaran di BPOM.
Putin berkata vaksin buatan Rusia adalah antara yang paling selamat dan boleh dipercayai.
Sputnik Light, versi satu dos yang membolehkan pesakit hanya mendapat satu suntikan, telah mendapat persetujuan rasmi di Rusia pada hari Khamis. Dan mereka menyatakan bahawa satu dos menunjukkan keberkesanan 79.4% dalam program vaksinasi negara.
“Sistem dos tunggal membolehkan imunisasi lebih banyak orang dalam jangka waktu yang lebih pendek, meneruskan perjuangan melawan pandemi semasa fasa akut,” kata kenyataan oleh pembuat vaksin tersebut.
Kurangnya ketelusan dan ujian klinikal Sputnik V menimbulkan keraguan, di dalam dan di luar negara.
Ketika vaksinasi besar-besaran dimulai di Rusia pada bulan Disember tahun lalu, ramai rakyat mereka sendiri ragu ragu dengan vaksin Sputnik V dan menangguhkan dahulu pengambilan vaksin.
Tetapi Sputnik V mulai mendapat sokongan hebat setelah jurnal perubatan Britain, The Lancet mengklasifikasikan Sputnik V sebagai vaksin Covid yang mempunyai tahap keberkesanan yang sama dengan vaksin buatan eropah yang lain – sekitar 92%.
Kini vaksin tersebut telah mendapat persetujuan di berpuluh puluh negara di seluruh dunia.