Puzzle Neraka Yang ‘Blank’ Ini Buatkan Ramai Mengamuk

Sebuah syarikat di Jepun telah mencipta satu puzzle yang digelar puzzle neraka dengan kepingan 2,000 serpihan puzzle.

Ianya boleh digunakan untuk membunuh masa yang panjang duduk terperap di rumah ketika lockdown.

Puzzle itu berupa satu gambar blank / kosong dengan warna putih. Oleh sebab itulah ia dilabel sebagai puzzle neraka sebenar.

Jika sebelum ni korang bermain puzzle akan berpandukan rekaan gambar. Namun kali ini gambar yang korang tengok hanyalah warna putih.

Inilah rupanya apabila anda sudah keluarkan puzzle daripada tempatnya, dan mahu memulakan aktiviti menyusunnya semula.

Kepada peminat puzzle yang sukakan cabaran, mungkin anda boleh mencuba puzzle neraka ni. Test kehandalan korang.

Ramai yang kecewa dan mengamuk kerana tak dapat menyelesaikannya kerana ianya sangat susah Mereka langsung tidak ada klu untuk membuatnya. Setiap potongan itu adalah berbeza saiznya.

Puzzle ini dibuat oleh syarikat Beverly di Jepun. Di mana para pemain diminta meletakkan semula puzzle yang putih sebanyak 2,000 keping itu kembali ke tempat asalnya.

Ianya jelas sekali bukan puzzle untuk pemain amatur. Korang pasti akan banyak menyumpah seranah ketika cuba menyelesaikannya.

Pada kotaknya sudah diberikan amaran dengan tertulis ‘the great king of hell has arrived’, dan ‘please do not buy this if you are a beginner’.

Terjemahannya: “Raja segala neraka sudah tiba, jangan beli jika anda seorang beginner.”

Puzzle ini tersedia untuk korang beli di eBay. Untuk versi 1,000 kepingan pun ada, tetapi dijual di Amazon.

Namun tadi aku tengok benda ni kat Lazada dan Shopee pun ada jual, yang 1,000 keping. Berwarna hitam.

Mungkin korang boleh try yang 1,000 keping dahulu sebelum membeli yang versi 2,000.

Namun ada juga yang berjaya melakukannya. Pastinya banyak sekali cubaan untuk memastikan puzzle ini berjaya diselesaikan.

Baca yang lain