Qantas Australia Tawarkan Pakej Terbang 7 Jam Tanpa Tujuan, Ianya Sold Out Dalam Masa 10 Minit

Sebelum pandemik melanda global, membeli tiket kapal terbang tu bukanlah perkara yang susah sangat, cuma nak tengok harga mahal atau murah saja kan?

Ketika berjuta juta penduduk dunia dikuarantin, industri penerbangan antara yang sangat terkesan. Sangat sedikit perjanalan menggunakan kapal terbang di seluruh dunia.

Oleh kerana larangan daripada banyak negara yang menutup pintu masuk untuk penerbangan antarabangsa, maka syarikat penerbangan menanggung kerugian yang besar.

Tetapi, syarikat Qantas ada cara tersendiri untuk memastikan mereka dapat juga beroperasi. Ianya dengan menawarkan pakej terbang berlegar legar di udara Australia tanpa arah tujuan.

Kemudian apabila tiba masanya, kapal terbang itu akan mendarat semula.

Jadi, tiada halangan untuk mereka  yang mahu melepaskan gian nak naik kapal terbang dengan berlegar legar di udara.

Lagipun penerbangan itu hanya setempat sahaja dan tidak pergi ke tempat lain.

Qantas memanggil ianya sebagai ‘flight to nowhere’.

Untuk menjadikan pakej lebih menarik, Qantas menawarkan pakej 7 jam penerbangan sambil berlegar legar di kawasan yang cantik untuk membolehkan penumpang mengambil gambar.

Antara kawasan yang akan dilaluinya adalah Uluru, Kata Tjuta, the Whitsundays, Gold Coast, Byron Bay dan Sydney Harbour.

“Rindu  nak terbang bersama sama di langit? Kami juga! Kami ada menyediakan tawaran khas penerbangan pemandangan menggunakan kapal terbang Dreamliner 787 kami kepada mereka yang mahu melebarkan sayap – tiada pasport – tiada kuarantin dikenakan.”

“Kapal terbang akan berlepas dari  Sydney pada 10 October, kapal terbang pemandangan ‘Great Southern Land’ ini akan terbang pada paras rendah merentasi beberapa kawasn ikonik di Australia termasuk Uluru, Kata Tjuta, the Whitsundays, Gold Coast, Byron Bay dan Sydney Harbour.”

“Ayuh segera dapatkan tiket! Tiket akan dijual 12pm AEST today, ” tegas syarikat itu menerusi IG mereka pada September lalu.

Namun hanya beberapa minit daripada pegumuman itu, tiket penerbangan sudah habis dijual.

Harga tiket bermula dari AUD$787 sehingga $3,787 ataupun RM2,359 sehingga RM11,349.

Selain itu, pada Ogos lalu Royal Brunei Airlines (RB) juga ada menawarkan pakej ‘Dine & Fly’ sambil menikmati pemandangan di pesisiran pantai dari kapal terbangnya.

RB menawarkan pakej 85 minit sambil penumpang boleh menikmati nasi lemak, ayam mask kunyit Kedayan, dari dalam pesawat.

Para penumpang juga boleh menikmati pencuci mulut seperti Gula Sago Melaka.

Eva Air juga terlebih dahulu memperkenalkan pakej terbang 3 jam tanpa arah tuju di atas udara di sekitar ruang udara kepulauan Ryukyu.

Baca yang lain

Mbappe Dah Peduli Dengan PSG?

Kylian Mbappe telah digantikan pada separuh masa ketika pendahulu Ligue 1, Paris St Germain terikat tanpa jaringan di bekas kelabnya Monaco. Namun