Qatar & FIFA Capai Kesepakatan Benarkan Peminat England Minum Bir Dalam Stadium Namun Tanpa Alkohol

Sebelum ini Qatar telah mengenakan larangan ketat bahawa peminat tidak dibenarkan untuk minum bir dalam stadium. Ini ditambah dengan peraturan tiada penjualan bir di perkarangan stadium Piala Dunia.

Perkara itu mendapat bantahan daripada peminat dari Eropah terutama sekali England. Budaya peminat Inggeris yang suka minum di luar pun sebelum dan selepas perlawanan serta minum dalam stadium membuatkan mereka merungut dengan peraturan itu.

Daily Mail melaporkan bahawa FIFA berjaya mendapatkan kelulusan khas buat peminat England yang nak minum dalam stadium.

Di mana pemegang tiket perlawanan boleh membeli bir Budweiser Zero sahaja. Harganya sekitar £6 setin. Ianya bir tanpa alkohol yang dibenarkan. Selain daripada Budweiser Zero, peminat berdepan dengan tindakan dan denda.

Jurucakap FIFA berharap peminat akan menghormati budaya masyarakat setempat di Qatar. Dan menganggap ini adalah toleransi yang harus dihargai oleh peminat peminat bola sepak terutama sekali England.

Terdapat laporan sebelum ini menyebut bahawa Qatar akan membina tempat khas untuk peminat berparti dengan alkohol namun dengan syarat ketat. Kawasan tersebut agak jauh daripada perkarangan stadium yang menganjurkan perlawanan Piala Dunia.

Baca yang lain